Pelajaran 4: Bertumbuh dalam Hubungan anda dengan Yesus

Kerana Roh Kudus memimpin hidup anda, anda akan mengalami hubungan yang lebih intim dengan Tuhan. Anda akan bertumbuh dalam iman anda dan dapat mempercayai Tuhan untuk lebih banyak hal.

1. Apakah maknanya bertumbuh dalam hubungan dengan Yesus?

Bertumbuh dalam hubungan anda dengan Yesus bermakna mengenali Dia lebih mendalam lagi, lebih mengasihi dan mentaati Dia. "Inilah kehidupan kekal: iaitu supaya orang mengenali Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan Yesus Kristus yang telah Engkau utuskan." (Yohanes 17:3).

"Yesus menjawab, 'Hendaklah engkau mengasihi Allah Tuhanmu dengan segenap hatimu, dan dengan segenap jiwamu, dan dengan segenap fikiranmu.' Inilah perintah yang terutama dan yang terpenting!" (Matius 22:37,38)

Apabila kasih anda terhadap Tuhan bertumbuh, anda akan mentaati perintah-perintah-Nya.

(Yesus berkata) "Barangsiapa menerima dan menurut perintah-perintah-Ku, orang itulah yang mengasihi Aku. Bapa-Ku akan mengasihi orang yang mengasihi Aku, dan Aku pun akan mengasihinya dan menyatakan diri-Ku kepada-Nya." (Yohanes 14:21)

Sebagaimana seorang kanak sewajarnya bertumbuh dalam hubungannya dengan ibu-bapa, begitu juga anda sewajarnya bertumbuh dalam hubungan anda dengan Tuhan.

2. Bagaimana anda boleh bertumbuh dalam hubungan anda dengan Yesus?

Komunikasi adalah penting bagi sebarang hubungan. Terdapat empat aspek komunikasi yang akan membantu anda mengembangkan hubungan anda dengan Yesus.

i) Tuhan berkomunikasi dengan kita melalui Alkitab, memperlihatkan sifat-Nya dan kehendak-Nya.

"Seluruh Alkitab itu diilhami Allah dan berguna untuk mengajar apa yang benar, menegur apa yang salah, membetulkan apa yang keliru, dan memberi petunjuk untuk kehidupan yang menurut kehendak Allah, supaya orang yang melayani Allah boleh dipilih dan dilengkapi untuk segala macam pekerjaan yang baik." (2 Timotius 3:16,17).

Yang manakah daripada manfaat-manfaat pembacaan Alkitab ini adalah sangat membantu anda sekarang?

ii) Kita berkomunikasi dengan Tuhan melalui doa -- mengongsikan fikiran, keperluan dan keinginan kita melakukan kehendak-Nya.

"Janganlah khuatir tentang apa pun, tetapi di dalam segala doamu, mintalah kepada Allah untuk apa yang kamu perlu, dan selalu mintalah dengan hati yang bersyukur. Kesejahteraan Allah yang jauh lebih daripada pengertian manusia akan memeliharakan hati dan fikiran kamu kerana persekutuan kamu dengan Kristus Yesus." (Filipi 4:6,7).

"Kita berani di hadapan Allah sebab kita pasti Dia mendengarkan kita apabila kita memohon kepada-Nya untuk apa sahaja asalkan menurut kehendak-Nya. Dia mendengarkan kita manakala kita bermohon kepada-Nya. Oleh sebab kita tahu bahawa ini benar, kita tahu juga bahawa Dia memberikan kita apa yang kita minta daripada-Nya." (1 Yohanes 5:14,15)

Ayat-ayat ini memberitahu kita bahawa kita boleh mendoakan apa hal juga. Apabila kita berdoa menurut kehendak Allah, Dia mendengar dan akan menjawab doa kita. Mengucap syukur kepada Allah adalah juga sebahagian daripada berdoa.

"Bersyukurlah dalam segala keadaan. Inilah yang Allah hendak kamu lakukan dalam kehidupan kamu sebagai orang yang bersekutu dengan Kristus Yesus." (1 Tesalonika 5:18)

"Bersyukurlah sentiasa bagi segala-galanya kepada Allah Bapa dengan nama Yesus Kristus Tuhan kita." (Efesus 5:20)

Mengucap syukur kepada Allah menyatakan bahawa kita mempercayai Dia.

Apakah beberapa hal yang anda boleh mendoakan?

iii) Kita berkomunikasi dengan orang Kristian melalui persekutuan -- mendorong dan membimbing satu sama lain.

"Biarlah kita perhatikan keperluan satu sama lain, dan menolong satu sama lain menunjukkan kasih serta berbaik-baik. Janganlah kita berhentikan kebiasaan kita berkumpul bersama-sama, sebagaimana dengan sebahagian saudara-saudara itu. Sebaliknya biarlah kita lebih lagi menggalakkan satu sama lain, sebab kita tahu bahawa Hari Tuhan, hari bila Dia akan datang lagi itu, telah dekat." (Ibrani 10:24,25).

Bersekutu dengan orang Kristian lain adalah penting untuk saling mendorong supaya mengasihi dan berbuat baik. Perkataan Yunani untuk persekutuan, "koinoia", bermakna "berkongsi". Kita perlu mengongsikan pengalaman Kristian kita kepada orang lain yang mengasihi Allah, dan juga membiarkan mereka berkongsi dengan kita. Allah telah menubuhkan gereja sebagai tempat untuk kita bertemu dengan orang Kristian lain untuk mempelajari tentang Allah. Pengajian Alkitab dan pertemuan lain juga sangat membantu.

iv) Kita berkomunikasi dengan orang lain yang tidak mengenal Tuhan secara peribadi dengan bersaksi -- berkongsi tentang hubungan kita dengan Yesus.

"Keselamatan datang daripada-Nya sahaja, sebab tiada lagi di seluruh dunia ini nama yang dikurniakan Allah kepada manusia, yang dengannya kita diselamatkan." (Kisah Rasul 4:12).

Apakah yang mendorong anda untuk bersaksi kepada orang lain tentang Yesus?

Siapakah yang anda ingin beritahu tentang apa yang Yesus telah melakukan dalam hidup anda?

Cadangan-cadangan untuk Pertumbuhan Selanjutnya

Tetapkan masa dan tempat untuk saat teduh harian (membaca Alkitab dan berdoa). Mulailah dengan membaca Injil Yohanes. Berdoa dan meminta Allah memperlihatkan Diri-Nya kepada anda dan bagaimana anda boleh memberi respons kepada-Nya.

Mengkaji petikan-petikan lain, seperti apa yang diberikan dalam pelajaran ini dan Mazmur 1, 34, 103 and 145; Matius 7:7-11; Lukas 9:23-26; Yohanes 15:1-7; 1 Korintus 12:12-27; 2 Korintus 5:17-21; dan Kolose 1:9-12.

Ini merupakan permulaan kehidupan Kristian anda. Ada lebih banyak lagi untuk dipelajari yang tidak terkandung dalam keempat-empat pelajaran ini. Ambillah inisiatif hari ini juga untuk mencari sebuah gereja berdekatan.

Kesimpulan

Ketika anda bergantung pada Roh Kudus untuk membaca Alkitab, berdoa, bersekutu dengan orang Kristian lain, dan bersaksi untuk Yesus, Allah akan menghasilkan buah Roh Kudus dalam hidup anda dan anda akan bertumbuh secara rohani.

Orang-orang yang percaya harus ada persekutuan bersama dalam Kristus. Di sini ada beberapa petua untuk mencari sebuah gereja tempatan.

Yesus berkata “ Kasihilah Tuhan Allah mu dengan segenap hati mu dan dengan segenap jiwa mu dan dengan segenap akal budi mu’. Inilah hokum yang pertama dan yang terutama”. (Matius 22:37, 38)

(Kristus berkata) “Barangsiapa memegang perintah-perintahKu dan melakukannya, dialah yang mengasihi Aku. Dan barangsiapa mengasihi Aku, ia akan dikasihi oleh Bapa Ku dan Aku pun akan mengasihi dia dan akan menyatakan diri Ku kepadanya”. ( Yohanes 14:21).

Sebagaimana seseorang anak bertumbuh dalam perhubungan dengan ibubapanya, demikianlah halnya anda bertumbuh dalam kasih akan terhadap Allah.

Bagaimana anda boleh bertumbuh dalam Kristus ? Komunikasi adalah penting dalam mana-mana perhubungan, termasuk perhubungan anda dengan Allah. Terdapat empat aspek komunikasi yang dapat membantu anda bertumbuh dalam perhubungan dengan Kristus, dengan tinggal dalam naungan kuasa Roh Kudus.

2. Allah berkomunikasi dengan kita melalui Alkitab, menyatakan keperibadianNya dan kehendakNya. “Segala tulisan yang diilhamkan oleh Allah memang bermanfaat untuk mengajar, untuk menyatakan kesalahan, untuk memperbaiki kelakuan dan untuk mendidik orang dalam kebenaran. Dengan demikian tiap-tiap manusia kepunyaan Allah diperlengkapi untuk setiap perbuatan baik.” (2 Timotius 3: 16.17)

3. Kita berhubung dengan Allah melalui doa ---- mengongsikan fikiran, keperluan kita dan kerinduan kita untuk melakukan kehendak-Nya. “Janganlah hendaknya kamu khuatir tentang apapun juga, tetapi nyatakanlah dalam segala hal keinginanmu kepada Allah dalam doa dan permohonan dengan ucapan syukur. Damai sejahtera Allah, yang melampaui segala akal, akan menmelihara hati dan fikiranmu dalam Kristus Yesus. (Filipi 4 : 6, 7)

Dan inilah keberanian percaya kita kepada-Nya, iaitu bahawa Ia mengabulkan doa kita, jikalau kita meminta sesuatu kepada-Nya menurut kehendak-Nya. Dan jikalau kita tahu, bahawa Ia mengabulkan apa saja yang kita minta, maka kita juga tahu, bahawa kita telah memperoleh segala sesuatu yang telah kita minta kepada-Nya. (1 Yohanes 5:14,15).

“Mengucap syukurlah dalam segala hal, sebab itulah yang dikehendaki Allah di dalam Kristus Yesus bagi kamu.” (1 Tesolanika 5 : 18 ) “ Ucaplah syukur senantiasa atas segala sesuatu dalam nama Tuhan kita Yesus Kristus kepada Allah dan Bapa kita.” ( Efesus 5:20).

4. Kita berkomunikasi dengan sesama Kristian melalui persekutuan---saling mendorong dan membangun antara satu dengan yang lain. “ Dan marilah kita saling memperhatikan supaya kita saling mendorong dalam kasih dan dalam pekerjaan baik. Janganlah kita menjauhkan diri dari pertemuan-pertemuan ibadah kita, seperti dibiasakan oleh beberapa orang, tetapi marilah kita saling menasihati, dan semakin giat melakukannya menjelang hari Tuhan yang mendekat. (Ibrani 10 : 24, 25)

Dalam bahasa Greek perkataan persekutuan adalah koinonia, yang bererti

5. Kita berhubung dengan orang yang bukan Kristian menerusi kesaksian – perkongsian mengenai hubungan kita dengan Kristus. “ Dan keselamatan tidak ada dalam sesiapapun juga selain di dalam Dia, sebab di bawah kolong langit ini tidak ada nama lain yang diberikan

* Kami tidak akan menjual atau menyerahkan maklumat dan alamat email anda kepada orang lain