Pelajaran 3: Kuasa untuk Menjalani Hidup Kristian yang Dinamik

Kita harus buat pilihan setiap hari. Apakah kita hendak berkata,ke manakah kita hendak pergi atau apakah kita ingin buat. Semasa kita memilih, bagaimanakah kita melihat hidup dari perspektif Tuhan dan menjalani hidup yang menyenangkan hati-Nya?

1. Roh Kudus merupakan sumber kuasa untuk kehidupan Kristian.

Sebagaimana hubungan kita dengan Tuhan adalah bergantung sepenuhnya pada apa yang Tuhan telah lakukan melalui Yesus Kristus, begitulah juga kuasa untuk menjalani kehidupan Kristian adalah bergantung sepenuhnya pada Tuhan. Untuk menjalani kehidupan Kristian seperti apa yang dikehendaki Tuhan, kita mesti terus-menerus memperolehi kuasa Tuhan, melalui Roh Kudus. Tetapi siapakah atau apakah Roh Kudus, dan apakah dia lakukan?

Dia Tuhan.

"Sebagaimana roh seseorang mengetahui isi hatinya sendiri, begitu juga Roh Kudus mengetahui segala sesuatu darihal Allah. Kita tidak menerima roh dunia ini; kita telah menerima Roh Kudus, supaya kita mengetahui segala yang telah dikurniakan Allah kepada kita." (1 Korintus 2:11,12)

Dia datang dan mendiami anda.

"Tetapi kamu ini tidak lagi hidup menurut tabiat kemanusiaanmu. Kamu hdiup menurut kehendak Roh -- iaitu jika Roh Kudus sungguh mendiami kamu. Barangsiapa tidak mempunyai Roh Kristus di dalam hidupnya, orang itu bukanlah milik Kristus." (Roma 8:9)

Dia datang untuk membuktikan kepada dunia bahawa mereka itu salah dalam pendapat mereka tentang dosa dan hukuman.

"Dan bila dia datang kelak, dia akan membuktikan kepada dunia bahawa mereka itu salah dalam pendapat mereka tentang dosa, dan tentang apa yang benar, dan tentang hukuman Allah." (Yohanes 16:8)

Dia datang untuk menyatakan kepada anda kebenaran.

"Tetapi bila Roh yang menyaksikan kebenaran Allah itu datang, dia akan menyatakan kepada kamu kebenaran Allah dengan sepenuh-penuhnya." (Yohanes 16:13)

Dia datang untuk memuliakan Kristus.

"Dia akan menyatakan kemuliaan-Ku, sebab dia akan menerima daripada-Ku segala yang akan dinyatakannya kepadamu." (Yohanes 16:4).

Dia mengesahkan hubungan anda dengan Tuhan.

"Orang-orang yang dipimpin Roh Kudus, adalah anak-anak Allah. Sebab Roh yang diberikan oleh Allah kepada kamu tidak menjadikan kamu hamba-hamba, sehingga kamu hidup di dalam ketakkutan. Sebaliknya Roh Kudus itu menjadikan kamu anak-anak Allah. Dan dengan kuasa Roh Kudus jugalah kita memanggil Allah itu 'Bapa! Bapaku!' Roh Kudus bersatu dengan roh kita supaya menyaksikan bahawa kita ini anak-anak Allah." (Roma 8:14-16).

Dia sumber kualiti-kualiti Kristus di dalam hidup anda.

"Sebaliknya, hasil pimpinan Roh Kudus ialah kasih, sukacita, kesejahteraan, kesabaran, budi, kebaikan, kesetiaan, kerendahan hati, dan pengawalan diri." (Galatia 5:22,23a).

a) Yang mana daripada kualiti-kualiti berikut yang anda ingin Tuhan mula mengembangkan dalam hidup anda?

(Yesus berkata) "Tinggallah bersatu dengan Aku dan Aku pun akan tinggal bersatu dengan kamu. Kecuali cabang itu lekat pada pokoknya tidak dapat ianya berbuah; sama halnya, kecuali kamu tinggal bersatu dengan Aku, kamu tidak mungkin berbuah." (Yohanes 15:4,5).

Yesus berkata kita harus bergantung dan bersatu dengan-Nya untuk melihat kualiti-kualiti-Nya dihasilkan dalam hidup kita. Dan Dia juga memberi kita kuasa untuk memberiathu orang lain tentang Dia.

(Yesus berkata) "Tetapi kamu akan dilengkapi dengan kuasa apabila Roh Kudus datang dan menguasaimu, dan kamu akan menjadi saksi-saksi-Ku di Yerusalem, di seluruh Yahudiah dan Samaria, bahkan ke seluruh dunia." (Kisah Rasul-rasul 1:8).

b) Pada pendapat anda, mengapa anda memerlukan kuasa Roh Kudus untuk memberitahu orang lain apa yang anda mengetahui tentang Yesus? (jawapan di bawah)

2. Bukan semua orang Kristian mengalami kuasa Roh Kudus.

Walaupun Roh Kudus mendiami semua orang Kristian, bukan semua dipimpin dan dikuasai oleh Dia. Alkitab menyatakan kepada kita bahawa ada tiga jenis manusia, iaitu -- duniawi, Kristian rohani dan Kristian duniawi -- yang mengambarkan respons yang berlainan terhadap Tuhan (lihat 1 Korintus 2:12 - 3:3).

Orang Duniawi
Bulatan ini mengambarkan hidup seseorang, dan takhta mengambarkan kuasa. Orang duniawi belum menerima Kristus, dan Roh Kudus tidak mendiami dia. Kristus bukan sebahagian daripada hidupnya; Dia berada di luar bulatan. Orang duniawi menguasai hidupnya sendiri.

Orang Kristian Rohani
Orang Kristian rohani telah menerima Yesus sebagai Tuhan dan Penyelamatnya, dan mempercayai Roh Kudus untuk menjalani kehidupan Kristian. Kristus bukan saja di dalam hidupnya, tetapi juga menguasainya.

Orang Kristian Duniawi
Orang Kristian duniawi juga telah menerima Yesus sebagai Penyelamat, tetapi mempercayai usaha dirinya sendiri untuk menjalani kehidupan Kristian. Orang ini masih menguasai hidupnya dan bertindak seperti orang duniawi. Kristus berada di dalam hidupnya, tetapi tidak menguasai hidupnya.

Bulatan manakah satu yang mengambarkan kehidupan anda?

3. Anda boleh dipenuhi oleh Roh Kudus.

Di dalam Efesus, fasal 5, ayat 18, Tuhan memerintah kita:

"Janganlah kamu mabuk kerana wain, yang akan merosakkan kamu. Sebaliknya, biarlah diri kamu dipenuhi Roh Kudus."

Ketika kita membiarkan Roh Kudus memenuhi dan menguasai kita, Dia akan menghasilkan buah Roh di dalam hidup kita dan membolehkan kita memberitakan kepada orang lain tentang Kristus.

Tetapi bagaimana kita membiarkan Roh Kudus memenuhi dan menguasai kita?

Pertama, mengakui segala dosamu.

"Seandainya ada niat jahat dalam hatiku, tentulah Tuhan tidak mahu mendengar."(Mazmur 66:18)

Pada pendapat kamu, mengapakah kita harus mengakui semua dosa untuk dipenuhi oleh Roh Kudus?

Kedua, serahkan setiap hal dalam hidupmu kepada Kristus.

"Dosa tidak lagi boleh menguasai hidupmu yang insani, sehingga kamu ditaklukkan hawa nafsumu sendiri. Janganlah menyerahkan sebarang anggota tubuhmu kepada kuasa dosa supaya digunakan untuk maksud-maksud yang jahat. Melainkan serahkanlah dirimu kepada Allah sebagai orang-orang yang telah diselamatkan dari maut kepada hidup. Serahkanlah segenap tubuhmu kepada Allah supaya digunakan untuk maksud-maksud yang baik." (Roma 6:12,13).

Ketiga, mempercayailah bahawa Roh Kudus akan memenuhi anda. Ini hanya mungkin dengan iman -- mempercayai Tuhan untuk membentuk hidup anda ketika anda menyerahkan hidupmu kepada Dia. Apa yang harus anda lakukan ialah meminta. Tuhan berjanji untuk mengabulkan doamu yang mengikut kehendak-Nya.

"Dan inilah keberanian percaya kita kepada-Nya, iaitu bahawa Dia mengabulkan doa kita, jikalau kita meminta sesuatu kepada-Nya menurut kehendak-Nya. Dan jikalau kita tahu bahawa Dia mengabulkan apa saja yang kita minta, maka kita juga tahu bahawa kita telah memperoleh segala sesuatu yang telah kita minta daripada-Nya." (1 Yohanes 5:14,15).

Oleh sebab kehendak Tuhan ialah anda dipenuhi oleh Roh-Nya, anda boleh mempercayai-Nya bahawa Dia akan mengabulkan doamu. Berikut adalah satu cadangan doa:

"Ya Bapa, saya mengaku bahawa selama ini saya telah menguasai hidup saya dan oleh itu saya telah berdosa terhadap Engkau. Saya bersyukur bahawa Engkau mengampunkan dosa-dosa saya melalui kematian Kristus di atas salib. Sekarang saya mengundang Kristus untuk menguasai dan bertakhta dalam hidupku. Penuhilah saya dengan Roh Kudus. Sebagai suatu pernyataan iman, saya mengucap syukur kepada-Mu kerana Engkau menguasai dan memenuhi hidupku dengan Roh Kudus.

Apakah doa ini menyatakan keinginan hati anda? Jika ya, ucapkanlah doa ini sekarang juga dan percayalah bahawa Tuhan akan memenuhi hidupmu dengan Roh Kudus.

4. Anda boleh terus-menerus dikuasai oleh Roh Kudus.

Jika anda mendapat tahu bahawa anda telah sekali lagi menguasai hidup anda kerana dosa, praktikkanlah "pernafasan rohani". Anda perlu menghembuskan nafas yang kotor dengan mengakui dosa anda, dan menarik nafas dengan menyerahkan hidup anda kepada Yesus. Mintalah Tuhan dengan iman untuk memenuhi anda dengan Roh-Nya.

Menghembuskan Nafas

"Tetapi jika kita mengaku dosa-dosa kita kepada Allah, Dia akan memenuhkan janji-Nya dan melakukan apa yang yang benar. Dia akan mengampunkan dosa-dosa kita dan membersihkan kita dari segala kesalahan." (1 Yohanes 1:9). Sila baca juga Ibrani 10:1-25.

Ingat, pengakuan melibatkan:

Bersetuji dengan Tuhan bahawa anda telah berdosa.

Mengucap syukur kerana Dia telah mengampunkan anda.

Mempercayai-Nya untuk mengubah sikap-sikap dan tindakan anda yang salah.

Menarik Nafas

Menyerahkan takhta hidup anda kepada Kristus.

Mempercayai bahawa Dia akan memimpin dan menguasai anda.

Cadangan untuk Bertumbuh Selanjutnya

Terus meluangkan masa selama 15 minit setiap hari untuk bersama dengan Tuhan melalui pembacaan Alkitab dan doa.

Kesimpulan

Roh Kudus merupakan sumber kuasa untuk menjalani kehidupan Kristian. Anda harus mengakui dosa sebaik saja anda sedar bahawa anda telah jatuh dalam dosa. Mempercayai Tuhan untuk menguasai hidup anda, minta Dia untuk memenuhi anda dengan Roh Kudus.

Pelajaran Seterusnya(4):Anda hanya boleh mempercayai Tuhan setakat mana anda mengenali Dia. Belajarlah bagaimana anda boleh mengenali Dia dengan lebih mendalam di Pelajaran 4: Bertumbuh dalam Hubungan anda dengan Yesus.

Jawapan:
1b) Sebab Dia memberikan anda kata-kata yang anda harus berkata, dan juga keberanian mengatakannya.

3) Tuhan tidak boleh bersekutu dengan kita, jika kita ada dosa yang belum diakui dalam hidup kita.

(Christ speaking) "Remain in Me, and I will remain in you. No branch can bear fruit by itself; it must remain in the vine. Neither can you bear fruit unless you remain in Me" (John 15:4-5).

“ Tetapi kamu akan menerima kuasa jika Roh Kudus turun ke atas kamu; dan kamu akan menjadi saksi-Ku di Yerusalem, dan dari Yudea dan Samaria, dan sampai ke hujung bumi” (KisPR 1:8)

2. Bukan semua orang Kristian mengalami kuasa Roh Kudus. Walaupun Roh Kudus tinggal dalam kehidupan Kristian, tetapi tidak semua Kristian dipenuhi atau dipimpin dan dikuasai oleh Roh Kudus. Alkitab mengatakan kepada kita bahawa ada 3 jenis orang: orang duniawi , orang rohani dan orang kristian duniawi.

Orang duniawi: MEREKA YANG TIDAK PERCAYA BAHAWA KEMATIAN KRISTUS ADALAH UNTUK MENEBUS MEREKA DARI DOSA DAN KRISTUS TIDAK TINGGAL DI DALAM MEREKA (Lihat 1 Korintus 2 : 14)

Orang Rohani : MEREKA YANG TELAH PERCAYA KRISTUS SEBAGAI JURUSELAMAT DAN MENJALANI KEHIDUPAN KRISTIAN DALAM KUASA ROH KUDUS ( Lihat Korintus 2 : 15 )

Orang Kristian duniawi : MEREKA PERCAYA KEPADA KRISTUS YANG TELAH MENEBUS MEREKA DARI DOSA, TETAPI HIDUP BERGANTUNG KEPADA DIRI SENDIRI SEBAGAI ORANG KRISTIAN (KRISTIAN DUNIAWI MERUJUK KEPADA “DAGING” YANG BERTENTANGAN DENGAN “ROH”.) KRISTIAN DUNIAWI HIDUP DENGAN KEKUATAN DIRI SENDIRI DAN BUKANNYA BERSANDAR KEPADA KUASA ROH KUDUS (Lihat 1 Korintus 3 : 1,2) walaupun Kristus tinggal dalam hidup orang Kristian duniawi, tetapi Roh Kudus tidak memimpin hidupnya, dirinya sendiri yang menguasai hidupnya.

3. Anda boleh dipenuhi dengan Roh Kudus. Kehidupan kristian yang berkelimpahan adalah kehidupan yang menurut kehendak Kristus dimana Kristus hidup dalam dan melalui anda di dalam kuasa Roh Kudus. Anda boleh dipenuhi oleh Roh Kudus hanya dengan iman, dan percaya kepada Allah untuk menghasilkan buah dalam hidup anda seperti yang telah dijanjikan-Nya. Berikut adalah tiga langkah yang menerangkan bagaimana anda boleh dipenuhi dengan Roh Kudus.

Akui semua dosa anda. ”Sekiranya ada dosa dalam hatiku, tentulahTuhan tidak mendengar doaku. “ ( Mazmur 66:18)

Serahkan setiap bidang dalam hidup anda kepada Kristus. “Sebab itu hendaklah dosa jangan berkuasa lagi di dalam tubuhmu yang fana, supaya kamu jangan lagi menuruti keinginannya. Dan janganlah kamu menyerahkan anggota-anggota tubuhmu kepada dosa untuk dipakai sebagai senjata kelaliman, tetapi serahkanlah dirimu kepada Allah sebagai orang-orang, yang dahulu mati, tetapi yang sekarang hidup. Dan serahkanlah anggota-anggota tubuhmu kepada Allah menjadi senjata-senjata kebenaran.” (Roma 6 : 12, 13).

Percaya kepada Roh Kudus untuk memenuhi anda. 1. Allah telah berfirman supaya anda dipenuhi oleh Roh Nya.: “Janganlah mabuk oleh anggur, kerana anggur menimbulkan hawa nafsu, tetapi hendaklah kamu penuh (dipimpin dan dikuasai) dengan Roh”. (Efesus 5:18). 2 Allah telah berjanji untuk menjawab permohonan anda yang bersesuaian dengan kehendakNya, Dia mendengarkan kita. “Dan, inilah keyakinan yang kita ada dihadapanNya, kalau kita meminta apapun menurut kehendakNya, Dia mendengarkan kita. Dan kalau kita tahu bahawa Dia mendengar kita dalam apa saja yang kita minta, kita tahu bahawa kita telah meminta dari Allah” ( 1 Yohanes 5: 14, 15).

Anda boleh dipenuhi oleh Roh Kudus hanya dengan beriman. Doa ini adalah cara yang baik untuk menyatakan iman tersebut: “ Allah Bapa, saya tahu bahawa saya telah memimpin hidup saya menurut kehendak sendiri, sebagai akibatnya, saya telah berdosa dihadapan-Mu. Saya berterima kasih kerana Engkau telah mengampuni dosa-dosa saya melalui kematian Kristus di atas kayu salib. Saya, sekarang menjemput Kristus mengambil tempat-Nya di atas takhta hidup saya. Penuhilah saya dengan Roh Kudus-Mu sebagaimana yang Engkau katakan supaya saya dipenuhi, dan seperti yang Engkau janjikan jika saya memintanya dengan iman. Sebagai pernyataan iman, saya sekarang berterima kasih kerana Engkau menguasai hidup saya dan memenuhi saya dengan Roh Kudus”.

Jika doa ini adalah keinginan hati anda, anda boleh berdoa sekarang ini juga untuk dipenuhi oleh Roh Kudus.

* Kami tidak akan menjual atau memberikan maklumat peribadi anda kepada orang lain.