4. Bagaimanakah saya boleh bertumbuh sebagai seorang Kristian?

Beberapa Cadangan untuk Pertumbuhan Rohani seorang Kristian

Pertumbuhan rohani adalah hasil daripada kepercayaan kepada Yesus Kristus. "Orang yang benar akan hidup dengan iman" (Galatia 3:11). Hidup yang berdasarkan iman akan membolehkan anda semakin mempercayai Tuhan dalam segala hal kehidupan anda, dan mempraktikkan hal-hal berikut:
T --Tiap-tiap hari, datang ke hadirat Tuhan melalui doa (Yohanes 15:7).

U --Usaha dalam membaca Alkitab setiap hari, mulai dari kitab Yohanes (Kisah 17:11).

M --Mentaati Tuhan dari semasa ke semasa (Yohanes 14:21).

B --Bersaksi tentang Kristus melalui percakapan dan cara hidup anda (Matius 4:19, Yohanes 15:8).

U --Usaha dalam mempercayai Tuhan dalam segala hal kehidupan anda (1 Petrus 5:7).

H --Hendaklah anda membiarkan Roh Kudus menguasai dan memberi kuasa kepada anda dalam kehidupan seharian dan kesaksian anda (Galatia 5:16, 17; Kisah 1:8).

Cara untuk Bertumbuh