3. Bagaimana jika perasaan saya terhadap Tuhan sering berubah?

Perasaan Tidak Boleh Dipercayai Sepenuhnya

Anda mungkin ada andaian tentang apa seharusnya perasaan anda setelah mempercayai Kristus. Walaupun penting, perasaan adalah penunjuk yang tidak boleh dipercayai untuk mengukur keikhlasan anda atau kebolehpercayaan janji Tuhan. Perasaan kita senang berubah, tetapi Tuhan dan Firman-Nya tidak berubah.

Janji dalam firman Tuhanlah yang berwibawa, bukan perasaan kita. Orang Kristian hidup dengan iman (percaya) pada kebolehpercayaan Tuhan dan Firman-Nya.

Sesudah Anda Menjalinkan Hubungan Peribadi dengan Kristus

Pada saat anda memilih untuk menerima Kristus dengan iman, banyak hal telah berlaku dalam hidup anda, termasuklah hal-hal berikut:

1. Kristus masuk ke dalam hidup anda (Wahyu 3:20 & Kolose 1:27).

2. Dosa-dosa anda diampunkan (Kolose 1:14).

3. Anda menjadi seorang anak Tuhan (Yohanes 1:12).

4. Anda menerima hidup sejati dan kekal (Yohanes 5:24).

5. Anda memulai perjalanan hidup yang selaras dengan rancangan Tuhan untuk hidup anda (Yohanes 10:10; 2 Korintus 5:17; and 1 Tesalonika 5:18).

Bolehkah anda fikirkan hal lain yang lebih istimewa daripada menerima Kristus? Mahukah anda sekarang mengucap syukur kepada Tuhan kerana apa yang Dia telah lakukan untuk anda? Perbuatan bersyukur kepada Tuhan menunjukkan iman.
 Bagaimanakah saya boleh bertumbuh sebagai seorang Kristian?