2. Apakah saya memiliki hidup sejati dan kekal?

Alkitab Menjanjikan Hidup Kekal kepada Semua Orang yang Menerima Kristus

"Inilah kesaksian itu: Tuhan sudah memberi hidup sejati dan kekal, dan hidup itu berasal daripada Anak-Nya. Sesiapa yang mempunyai Anak Tuhan, mempunyai hidup itu; dan sesiapa yang tidak mempunyai Anak Tuhan, tidak mempunyai hidup itu. Aku menulis surat ini kepada kamu yang percaya kepada Anak Tuhan, supaya kamu TAHU bahawa kamu sudah mempunyai hidup sejati dan kekal." (1 Yohanes 5:11-13).

Ayat ini tidak mengatakan 'semoga', 'haraplah', 'agak', 'sangka' tetapi 'supaya kamu tahu bahawa kamu sudah mempunyai hidup sejati dan kekal'.

Bersyukurlah kepada Tuhan kerana Kristus telah berada di dalam hidup anda dan Dia tidak akan meninggalkan anda (Ibrani 13:5: Tuhan sudah berfirman, "Aku tidak akan membiarkan kamu; Aku tidak akan meninggalkan kamu."). Berdasarkan janji-Nya, anda boleh mengetahui bahawa Kristus tinggal di dalam hidup anda dan anda memiliki hidup sejati dan kekal pada ketika anda menerima Dia menjadi Tuhan dan Penyelamat anda secara peribadi. Dia tidak akan menipu anda.
Bagaimana jika perasaan saya terhadap Tuhan sering berubah?