1. Bagaimana saya boleh mengetahui bahawa Kristus berada di dalam hidup saya?

Sudahkah anda mengundang Kristus masuk ke dalam hidup anda? Menurut janji-Nya dalam Wahyu 3:20 ([Kristus berkata] "Dengarlah! Aku berdiri di depan pintu dan mengetuk; jika seseorang mendengar suara-Ku dan membuka pintu, Aku akan masuk ke dalam"), di manakah Kristus sekarang dalam hubungan-Nya dengan anda? Kristus berjanji bahawa Dia akan masuk ke dalam hidup anda. Adakah Dia akan menipu anda? Berdasarkan apa anda mengetahui bahawa Tuhan telah menjawab doa anda? (kesetiaan Tuhan dan Firman-Nya)

Apakah saya memiliki hidup sejati dan kekal?