Apakah betul dan salah wujud dengan nyata?

Hari ini kita biasa mendengar orang mengatakan bahawa apa yang betul bagi seseorang tidak semestinya adalah betul bagi orang lain. Mengatakan bahawa tiada prinsip moral mutlak memanglah senang, tetapi hidup seolah-olah mereka betul-betul tidak wujud adalah jauh lebih susah. Bagaimana kita mempertimbangkan hal-hal penganiayaan akan memperlihatkan apa yang kita betul-betul percaya tentang hal moral, tanpa menghiraukan apa yang kita katakan sebagai kepercayaan kita.

Kita berpendapat bahawa perbuatan Nazi mengendalikan eksperimen perubatan ke atas orang-orang Yahudi adalah tidak betul dari segi moral. Kita bukan saja percaya bahawa ini adalah salah, kita juga percaya setiap orang pun harus berpendapat demikian. Jika perbuatan-perbuatan ini tidak betul-betul jahat, maka pertimbangan kita terhadap kejahatan adalah suatu ilusi.

Tetapi manakah yang lebih mungkin? Apakah pertimbangan kita terhadap apa yang betul dan salah itu suatu ilusi? Atau apakah terdapat suatu objektif prinsip moral yang mengutuk pembunuhan orang-orang Yahudi?

Orang Kristian percaya bahawa Tuhanlah sumber dan asas kepada objektif prinsip-prinsip moral ini.

Adakah Yesus mati dan hidup semula?

Kuasa untuk Berubah