Bagaimanakah dengan peperangan yang tercetus atas nama agama Kristian?

Anda tidak boleh menilai ajaran dan kebenaran sesuatu agama berdasarkan penganut yang tidak berpegang pada ajaran agama. Sesetengah orang cuba menimbulkan kesangsian terhadap agama Kristian dengan merujuk kepada kesalahan mereka yang tidak mengikut ajaran Kristus atau mereka yang kononnya Kristian. Ukuran untuk menilai agama Kristian adalah apa yang diajarkan oleh Yesus Kristus.

Agama Kristian pernah dan masih memiliki impak yang sangat positif terhadap dunia. Ramai orang yang mengasaskan sains moden adalah orang Kristian.

Kebangkitan Kristian pada pertengahan abad ke-18 telah merangsangkan dorongan yang kuat kepada reformasi sosial berkenaan perhambaan, status wanita dan golongan miskin. Akibatnya, banyak organisasi mubaligh yang bersifat dermawan seperti Salvation Army, Red Cross dan YMCA didirikan.

Apakah betul dan salah wujud dengan nyata?
Kuasa untuk Berubah