Apakah yang akan berlaku kepada mereka yang tidak pernah dengar tentang Yesus?

Walaupun Alkitab tidak memberikan jawapan yang lengkap untuk soalan ini, apa yang jelas ialah Tuhan "akan menghakimi dunia dengan adil" (Mazmur 98:9). Tuhan tidak akan menghukum seseorang kerana menolak Yesus yang mereka tidak pernah dengar. Tetapi, kita sudahpun dihukum kerana sesuatu yang jauh lebih dasar daripada ini.

Tuhan telah memperlihatkan Diri-Nya kepada semua orang melalui ciptaan alam sekitar dan hati nurani. Oleh sebab setiap orang pun mengetahui dengan cukupnya tentang Tuhan, Dia mengatakan bahawa kita "tidak ada alasan" (Roma 1:20). Tindakan menumpaskan, memutarbelitkan dan menolakkan kebenaran Tuhan adalah mencabuli undang-undang Tuhan. Kerana semua inilah kita dihukum.

Satu-satunya cara kita boleh diselamatkan adalah dengan bergantung sepenuhnya pada belas kasihan Tuhan tanpa mengambil kira sebarang kerja baik kita dari segi keagamaan atau lain-lain, supaya kita dapat dibebaskan daripada hukman ini.

Bagaimanakah dengan peperangan yang tercetus atas nama agama Kristian?
Kuasa untuk Berubah