Apakah semua agama menuntun kepada Tuhan?

Semua agama adalah tidak sama. Kepercayaan asas seperti konsep Tuhan, apa itu baik atau jahat begitu berbeza sehingga merupakan percanggahan di antara satu agama dengan yang lain. Oleh itu, tidak mungkin semua agama pun benar dan dapat membimbing kepada Tuhan.

Apakah dengan mengatakan hanya satu agama benar menunjukkan tidak bertoleransi? Sifat kebenaran memanglah eksklusif dan tidak boleh mentoleransikan kesilapan. Dengan mengatakan bahawa sesuatu pandangan itu salah, tidak menunjukkan sikap ketidaktoleransi kerana toleransi mengimplikasikan ketidaksefahaman. Toleransi sebenar adalah menerima hak-hak orang lain untuk percaya agama lain tanpa berasa terancam.

Tidak semua agama membimbing kepada Tuhan kerana percanggahan antara satu sama lain. Dan orang Kristian bukan tidak bertoleransi kerana mengatakan bahawa Yesuslah satu-satu caranya kepada Tuhan.

Untuk bacaan selanjutnya:
The Gospel in a Pluralist Society
oleh Leslie Newbegin (Eerdman's, 1989)

Apakah yang akan berlaku kepada mereka yang tidak pernah dengar tentang Yesus?
Kuasa untuk Berubah