Jika Tuhan itu baik, mengapa ada kejahatan dan penderitaan?

Tidak seorang pun dapat menunjukkan bahawa ada percanggahan antara kewujudan Tuhan yang Maha Kasih dan Maha Berkuasa dengan kewujudan kejahatan. Tuhan mungkin ada sebab-Nya yang baik untuk membenarkan kejahatan berlaku walaupun kita tidak mengetahuinya.

Selagi adanya kemungkinan yang logik bahawa Tuhan mempunyai sebab yang baik, maka tidak ada percanggahan. Tuhan telah mencipta dunia sebaik mungkin mengikut matlamat utama-Nya -- iaitu menciptakan manusia yang boleh menikmati perhubungan peribadi dengan-Nya.

Kerana adanya kasih yang sejati, maka kebebasan mesti diberikan. Kerana adanya kebebasan, maka kemungkinan bahawa manusia yang dicipta Tuhan itu tidak mahu mengasihi-Nya juga wujud. Tuhan tidak boleh memaksa seorang yang bebas untuk mengasihi-Nya atau berbuat baik. Itu merupakan satu percanggahan. Hampir semua kejahatan adalah akibat pilihan manusia -- secara langsung atau tidak langsung.

Untuk bacaan selanjutnya:
No Easy Answers oleh W.L. Craig
(Moody Press, 1990)

Benarkah Yesus Anak Allah?

Kuasa untuk Berubah