Apakah saya boleh benar-benar berubah?

 Apabila seseorang bersemuka dengan Yesus, mereka biasanya menjawab: "Saya ingin mengikuti Yesus, tapi jika saya berbuat demikian, saya pasti saya tidak akan dapat hidup seperti yang dikehendaki. Saya pernah membuat kesilapan, saya menaruh rasa geram, saya menghadapi godaan, dan saya mengatakan banyak hal yang saya tidak patut. Mustahil bagi saya untuk menjalani kehidupan Kristian."

Mereka memang betul. Tidak kira betapa hebat anda, anda tidak dapat menjalani kehidupan Kristian dengan bersandar pada kekuatan anda sendiri. Apabila anda menjadi seorang Kristian, anda meminta Yesus menguasai hidup anda--oleh itu bukan apa yang anda lakukan tetapi apa yang Yesus lakukan yang memberikan anda kuasa untuk berubah. Dialah yang memberikan anda keupayaan untuk menjalani hidup baru.

Respons anda

Apakah yang Yesus boleh lakukan bagi anda? Dia boleh menjadikan hidup anda bererti. Dia boleh memberikan anda damai sejahtera sepanjang hari. Dia boleh menghapuskan semua dosa anda, dan memberikan anda pengampunan. Dan Dia boleh memberikan anda kemampuan untuk berubah. Dengan menerima dan mempercayai Yesus, anda akan mula mengetahui apakah rancangan istimewa Tuhan bagi hidup anda.

Kuasa untuk Berubah - Persoalan Hidup

Kuasa untuk Berubah