Bagaimana dengan kesilapan saya yang lalu?

Kita semua pernah membuat kesilapan. Kita lakukan hal-hal yang tidak patut dilakukan. Berbohong. Mencuri alat-tulis dari pejabat. Mengatakan sesuatu yang dikesali kemudian. Menyebarkan khabar angin. Menyumpah pemandu kereta lain. Sikap tidak baik. Kita fikir kita lebih baik daripada orang lain dan kerap-kali hanya mementingkan diri sendiri.

Semua tingkah-laku, kata-kata dan sikap tidak baik ini adalah apa yang dikatakan dosa dalam Alkitab. Tidak ada orang suka dengar perkataan ini sekarang. Kita suka menganggap diri sebagai orang yang baik. Tetapi kita berkecenderungan untuk berdosa kerana sifat manusiawi kita. Membuat segala hal sesuka hati kita sendiri. Tidak kira betapa baik kita menganggap diri kita sendiri, dosa memisahkan kita daripada Tuhan. Semua orang telah berdosa (Roma 3:23) dan ini menghalang kita daripada mengalami kasih Tuhan secara peribadi. Tokoh agung India, Mahatma Gandhi, pernah berkata, "Kerana saya masih begitu jauh dari Tuhan yang saya pasti adalah jiwa raga saya sendiri, saya sentiasa rasa terseksa. Saya tahu kejahatan sayalah yang memisahkan saya daripada-Nya."

Tetapi ada berita baik. Yesus telah menyelesaikan masalah dosa kita. Kematian-Nya di atas kayu salib kira-kira 2,000 tahun dahulu telah menebus dosa kita supaya kita boleh memiliki hubungan dengan Tuhan dan mengalami kasih-Nya. Kerana Yesus, semua kesilapan dan dosa kita telah diampunkan. Dia saja yang dapat mengampuni kita, dan memenuhi keadilan Tuhan.

Fikirlah begini. Seorang wanita muda terpaksa menghadap hakim kerana disaman. Hakim itu menjatuhkan hukuman denda sebanyak 150 Ringgit. Tetapi wanita itu tidak mampu membayar denda itu. Kemudian hakim itu melakukan sesuatu yang tidak dijangka. Dia turun dari bangku dan membuka dompet untuk membayar denda itu. Sekarang bergantunglah kepada wanita itu sama ada dia mahu menerima atau menolak tawaran itu. Cerita ini mengambarkan apa yang Yesus telah lakukan untuk kita. Dia mengetahui dosa kita, tetapi apabila kita berdiri dengan rendah hati di hadapan-Nya, dia sanggup mengampunkan semua dosa kita. Yesus menawarkan limpah kurnia yang percuma kepada kita. Kita hanya perlu menerimanya.

Apakah saya boleh benar-benar berubah?
Kuasa untuk Berubah