Bagaimanakah saya dapat mencari kedamaian?

Mungkin sekarang juga anda berasa takut dan kecewa. Mungkin anda risau tentang pekerjaan anda, hubungan, kewangan atau anak-anak. Anda tidak bersendirian.
Hampir setiap orangpun ada masalah sedemikian. Walaupun anda percaya pada Tuhan--sebagai seorang Kristian--anda tidak terkecuali dari keadaan ini. Masalah tidak akan hilang tiba-tiba dari hidup anda. Kesusahan menimpa semua orang.

Tapi Yesus memberikan kekuatan dan damai sejahtera untuk menghadapi setiap kesusahan. Dia berkata, "Kesejahteraan Aku tinggalkan dengan kamu; kesejahteraan-Ku sendiri yang Aku beri kepada kamu. Kesejahteraan yang Aku beri kepada kamu bukan seperti yang diberikan oleh dunia. Janganlah kamu risau dan janganlah takut." (Yohanes 14:27)
Yesus juga berkata dalam Alkitab,"Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu." (Matius 11:28)

Bagaimana dengan kesilapan saya yang lalu?

Kuasa untuk Berubah