Bagaimanakah hidup saya boleh menjadi bererti?

Bayangkan seketika bahawa anda sedang membina sebuah rumah. Anda mengupah seorang kontraktor binaan, tetapi dia tidak pernah merujuk kepada lukisan seni bina yang dilakarkan oleh arkitek anda.
Dia bekerja tanpa sebarang pelan. Suatu tindakan jahil--sebab kontraktor perlu tahu di mana asas, dinding dan tingkap patut didirikan. Hanya dengan demikian sesebuah rumah dapat dibina seperti yang diingini.

Hidup pun begini juga. Sia-sia saja kita bina hidup jika kita tidak berunding dengan arkitek yang mencipta kita untuk suatu tujuan yang mengagumkan. Alkitab mengatakan, "Kita tahu bahawa Tuhan bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia, dan bagi mereka yang terpanggil sesuai dengan rancangan Tuhan." (Roma 8:28)

Lagipun, lebih banyak faedah boleh diperolehi jika kita hidup sesuai dengan rancangan Tuhan. Kepuasan sebenar dalam hidup dan hidup yang bererti ada pada Tuhan. Itulah sebabnya berabad-abad dahulu ahli falsafah St. Augustine mengatakan, "Anda telah mencipta kami untuk dirimu sendiri, ya Tuhan, dan hati kami yang resah hanya dapat ketenangan dalam-Mu."

Apabila anda menjemput Yesus--Anak Tuhan-- untuk memainkan peranan utama dalam hidup anda, anda akan mengetahui matlamat Tuhan untuk hidup anda. Tiada apa lagi dan tiada siapa lagi yang dapat melakukan ini--bukan agama, bukan falsafah, bukan sesiapa. Hanya Yesus. Dia mengatakan, "Akulah jalan untuk mengenal Tuhan dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku." (Yohanes 14:6).

Bagaimanakah saya dapat memiliki kesejahteraan?
Kuasa untuk Berubah