Pertanyaan Hidup

Hidup adalah penuh dengan pertanyaan. Beberapa pertanyaan senang dijawab. Apakah saya akan makan? Di manakah saya letakkan kereta saya? Yang lain pula adalah lebih mencabar.

Anda boleh mendapat jawapan-jawapan ini di banyak tempat--ruang surat khabar, nasihat kawan atau falsafah zaman baru. Tetapi apakah anda pernah mempertimbangkan bagaimana Yesus boleh menjawab semua soalan ini untuk anda? Sebagai tokoh agung di dunia ini, dia boleh melakukan apa yang tidak boleh dilakukan oleh orang lain--memberikan anda damai sejahtera, hidup yang bererti dan kuasa untuk berubah.

Bagaimanakah hidup saya boleh menjadi bererti?
Bagaimanakah saya dapat mencari kedamaian?
Bagaimana dengan kesilapan saya yang lalu?
Apakah saya boleh benar-benar berubah?


Hampir setiap orang ada beberapa soalan tentang Tuhan dan penglibatan-Nya dalam dunia ini. Mungkin anda pun demikian. Untuk membantu anda, kami telah menyediakan jawapan kepada enam soalan lazim tentang Yesus Kristus dan agama Kristian. Jawapan yang diberikan adalah ringkas dan mudah difahami. Jika anda ingin mengetahui lebih mendalam lagi, kami mendorong anda untuk membaca buku-buku yang dicadangkan, dan menghubungi sebuah gereja berdekatan. ... Michael Horner, ahli falsafah Kanada

Jika Tuhan itu baik, mengapa ada kejahatan dan penderitaan?
Benarkah Yesus Anak Allah?
Apakah semua agama menuntun kepada Tuhan?
Apakah yang akan berlaku kepada mereka yang tidak pernah dengar tentang Yesus?
Bagaimanakah dengan peperangan yang tercetus atas nama agama Kristian?
Apakah betul dan salah wujud dengan nyata?
Adakah Yesus mati dan hidup semula?
Apakah Injil Barnabas sahih atau palsu?