Hidup Berubah

Kemenangan tidak mencukupi

Kekecewaan saya semakin terasa ketika saya melihat pukulan menjuruskan bunker di bahagian lubang terakhir, dan dengan itu menjejaskan peluang saya untuk memenangi juara 1994. Tetapi itu hanyalah permulaan dari kekeciwaan saya.

Dua tahun berikutnya saya masih gagal memenangi terbuka A.S, setelah selesai dengan tempat kedua setiap perlawanan. Saya bergumul dengan keraguan peribadi, dan geram mendengar kritikan yang mengatakan: bahawa saya tidak akan pernah menang perlawanan yang besar.

Keraguan Peribadi

Merasakan keraguan peribadi bukan baru bagi saya. Ketika saya berusaia 15 tahun, pasukan ‘football’ kami memenangi kejuaran peringkat negeri. Saya pemain barisan ketiga bagian belakang tetapi duduk di bangku simpanan sepanjang permainan.

Ketika kami kembali kekota, kami adakan perarakan yang besar, kembali ke gym sekolah untuk mengadakan rali pep. Setiap orang merasa gembira. Saya pula merasa terasing kerana saya tidak berpeluang membantu pasukan kami menang. Saya benar-benar merasa gagal.

Apa makna hidup?

Saya telah berusaha sedaya upaya. Saya telah berusaha menjadi baik kepada orang tua, dan kepada kawan-kawan, dan juga kepada Tuhan. Namun, dengan setiap kegagalan saya merasa semakin teruk. Saya berfikir, 'Apa sebenarnya makna hidup? Mengapa saya ada di sini? Mengapa saya terlalu kecewa?'

Jurulatih saya seorang Kristian dan dia menjemput saya menghadiri satu pertemuan yang dihadiri oleh atlet-atlet sukan. Itulah pertama saya mendengar orang berbicara tentang Tuhan dan penerimaan tanpa syarat. Itulah yang saya rindukan, saya ingin di kasihi dan dihargai, tanpa mengira kegagalan saya. Bersama dengan Tuhan, tiba-tiba saya merasa diri saya berguna. Saya berharga bagi Yesus, sehingga dia sanggup mati bagi saya. Itu menyedarkan saya bahawa hidup ini penting.

Perubahan dan Penerimaan

Saya menjemput Tuhan masuk dalam hidup saya. Perasaan bersalah hilang. Air mata kegembiraan mulai mengalir. Rasa damai dan kepuasan memenuhi hidup saya.

Tidak lama selepas saya kalah dalam dua terbuka A.S, saya memenangi terbuka Bitish dan Kejohanan Lawatan PGA. Saya dikategorikan pemain terbaik dunia. Saya fakir kemenangan boleh membuat hidup saya lebih baik tetapi saya masih ada masalah. Alkitab berkata, hidup manusia seperti rumput dan kemasyuran mereka ibarat bunga di taman. Rumput menjadi layu, dan bunga menjadi pudar. Saya rasa hidup saya seperti itu, Kemenangan memang hebat tetapi ianya tetap kosong. Malah kemegahan atas kemenangan terbuka British pun akan pudar.

Oleh itu, apa yang boleh bertahan? Perhubungan dengan Tuhan dan orang lain boleh bertahan. Itulah yang memberi makna kehidupan. Tidak kira apa orang kata terhadap saya, isteri dan anak-anak saya tetap merasa bahawa saya hebat. Mereka mengasihi saya. Namun, yang terpenting adalah Allah mengasihi saya. Malah, dia satu-satunya yang paling utama bagi saya.

Perhatikan hidup anda. Bagaimana anda menggambarkannya? Bahagia dan berpuas hati? Terburu-buru? Menarik? Tertekan? Maju ke depan? Teragak-agak? Ada masanya kebanyakan kita mengalami  semua hal di atas. Ada perkara yang kita harap-harap dapat lakukan satu hari nanti, ada juga perkara yang kita ingin lupakan saja. Alkitab berkata bahawa Yesus datang untuk membuat semua baru. Bagaimana kiranya cara hidup anda seandainya anda boleh memulakan hidup baru?

 

Hidup dengan harapan

 

Jika anda sedang mencari kedamaian, ada suatu cara untuk mengimbangkan hidup anda. Tiada seorangpun yang sempurna, atau memiliki hidup yang sempurna. Tetapi setiap kita berpeluang untuk mengalami kasih kurnia yang sempurna melalui perhubungan peribadi dengan Tuhan melalui Anak-Nya, Yesus Kristus.

 

Anda boleh menerima Yesus sekarang juga dengan iman melalui doa. Berdoa adalah berbicara dengan Tuhan. Tuhan mengetahui isi hatimu. Dia tidak begitu memerhatikan kata-kata anda, sebaliknya sikap hati andalah yang lebih penting. Berikut merupakan satu cadangan doa:

 

Tuhan Yesus, Saya ingin mengenali Engkau secara peribadi. Terima kasih kerana mati di kayu salib untuk mengampunkan dosa-dosa saya. Saya membuka pintu hati saya dan mengundang Engkau masuk dan menjadi Penyelamat dan Tuhan saya. Kuasailah hidup saya. Terima kasih kerana mengampunkan dosa-dosa saya dan memberikan saya hidup yang kekal. Bentuklah saya sesuai dengan kehendak-Mu.

 

Adakah doa ini menyatakan keinginan hati anda? Anda boleh berdoa sekarang juga, dan Yesus Kristus akan masuk ke dalam hidup anda  seperti yang Dia telah janjikan.

 

Adakah hidup sebegini apa yang anda inginkan?

 

Jika anda telah mengundang Yesus masuk ke dalam hidup anda, bersyukurlah selalu kepada Tuhan kerana Dia berada di dalam hidup anda. Dia tidak akan meninggalkan anda. Anda juga memiliki hidup yang kekal. Ketika anda belajar lebih mendalam mengenai hubungan anda dengan Tuhan, dan betapa Dia mengasihi anda, anda akan hidup penuh bahagia.

                                         

          Jika anda ada soalan yang perlu dijawab dahulu, sila klik di sini.