Hidup Berubah

Perempuan kecil yang takut akan kematian

Seperti seorang anak perempuan kecil, saya bangun pada tengah malam dengan ketakutan di dalam hati saya. Saya takut akan kematian. Saya tidak tahu apa yang terjadi kepada saya selepas kematian. Saya berfikir bahawa di sana tidak ada apa-apa dan bila hidup berakhir.

Saya berlari  ke bilik kedua ibubapa saya dengan tangisan, dan bertanya, ”Mama, adakah saya akan mati?”.  Seluruh waktu kekanakan saya, ini adalah mimpi ngeri yang menghantui hati saya.


Mendapatkan jawapan

Ketika sudah besar, kematian masih menakutkan saya, tetapi kehidupan terus berlalu. Sukan dan wang menjadi sangat penting kepada saya kerana ia memberi saya keyakinan, kebebasan dan bangga dengan diri sendiri. Saya sendirian menentukan apa yang baik dan yang tidak baik. Semua  yang diajar oleh kedua ibubapa tidak penting. Saya tidak tertarik dalam kehidupan orang di sekitar saya. Walaupun begitu, disamping kepentingan dan kejayaan yang telah saya capai, saya masih tidak mempunyai jawapan kepada soalan apakah yang akan terjadi selepas kematian. ” Mengapa hidup,” Saya berfikir,” sekiranya saya mati, adakah semuanya tetap sama?"

Saya medengar mengenai Tuhan untuk pertama kalinya dari sahabat baik perempuan saya. Pada mulanya, ia kedengaran seperti cerita donging. Saya mendengar bahawa manusia dapat memperoleh hidup kekal hanya dengan percaya di dalam Yesus Kristus. Saya menyedari bahawa saya semakin dekat dengan jawapan terhadap persoalan yang sentisa mengganggu hidup saya.


Tidak ada lagi ketakutan terhadap kematian

Sewaktu saya menjangkau 18 tahun, saya berlari kepada ibu saya dengan tangisan, seperti pada waktu kanak-kanak saya. Hanya satu perkataan yang berbeza, "Mama, adakah saya tidak takut lagi dengan kematian. Kristus telah memberi saya kehidupan kekal."

Tahun ini, saya graduate dari Kolej Alkitab di Moscow.  Saya ingin memberitahu orang lain di negara saya mengenai Allah besar dan mengasihi, yang memberi kasih, sukacita, kebahagiaan, dan atas segala sesuatu, berharga bagi kehidupan.


Perhatikan hidup anda. Bagaimana anda menggambarkannya? Bahagia dan berpuas hati? Terburu-buru? Menarik? Tertekan? Maju ke depan? Teragak-agak? Ada masanya kebanyakan kita mengalami  semua hal di atas. Ada perkara yang kita harap-harap dapat lakukan satu hari nanti, ada juga perkara yang kita ingin lupakan saja. Alkitab berkata bahawa Yesus datang untuk membuat semua baru. Bagaimana kiranya cara hidup anda seandainya anda boleh memulakan hidup baru?

 

Hidup dengan harapan

 

Jika anda sedang mencari kedamaian, ada suatu cara untuk mengimbangkan hidup anda. Tiada seorangpun yang sempurna, atau memiliki hidup yang sempurna. Tetapi setiap kita berpeluang untuk mengalami kasih kurnia yang sempurna melalui perhubungan peribadi dengan Tuhan melalui Anak-Nya, Yesus Kristus.

 

Anda boleh menerima Yesus sekarang juga dengan iman melalui doa. Berdoa adalah berbicara dengan Tuhan. Tuhan mengetahui isi hatimu. Dia tidak begitu memerhatikan kata-kata anda, sebaliknya sikap hati andalah yang lebih penting. Berikut merupakan satu cadangan doa:

 

Tuhan Yesus, Saya ingin mengenali Engkau secara peribadi. Terima kasih kerana mati di kayu salib untuk mengampunkan dosa-dosa saya. Saya membuka pintu hati saya dan mengundang Engkau masuk dan menjadi Penyelamat dan Tuhan saya. Kuasailah hidup saya. Terima kasih kerana mengampunkan dosa-dosa saya dan memberikan saya hidup yang kekal. Bentuklah saya sesuai dengan kehendak-Mu.

 

Adakah doa ini menyatakan keinginan hati anda? Anda boleh berdoa sekarang juga, dan Yesus Kristus akan masuk ke dalam hidup anda  seperti yang Dia telah janjikan.

 

Adakah hidup sebegini apa yang anda inginkan?

 

Jika anda telah mengundang Yesus masuk ke dalam hidup anda, bersyukurlah selalu kepada Tuhan kerana Dia berada di dalam hidup anda. Dia tidak akan meninggalkan anda. Anda juga memiliki hidup yang kekal. Ketika anda belajar lebih mendalam mengenai hubungan anda dengan Tuhan, dan betapa Dia mengasihi anda, anda akan hidup penuh bahagia.

                                         

          Jika anda ada soalan yang perlu dijawab dahulu, sila klik di sini.