Hidup Berubah

Batu

Seluruh hidup saya berdasarkan sehelai T-shirt yang tertulis: "Bola keranjanglah hidup saya, yang lainnya hanya perkara remeh."

Saya akhirnya mencapai kemuncak karjaya bola keranjang saya. Semua pengorbanan, kerja keras, dan ketahanan akhirnya telah terbayar. Saya telah mengikuti Sukan Olompik pada tahun 1996. Kami mewakili nagara Kenada, berlawan dengan pasukan terbaik dunia, mengejar medal emas. Itu sahaja. Saya berfikir bola keranjang boleh menutupi semua ketitaktenteraman saya. Saya memuja bola keranjang. Untuk memuja sesuatu bermakna ” menganggap sesuatu itu sangat berharga”. Saya menjadi seseorang kerana saya bermain bola keranjang. Saya diterima. Bola keranjang adalah identiti saya. Ia adalah seperti sesuatu yang saya boleh menaruh kepercayaan sepenuhnya- ia tidak pernah membuat saya jatuh, ia sentiasa ada di sana untuk saya. Saya percayakan bola keranjang. Ia menjadi dewa saya.

Dua minggu sebelum Sukan Olimpik, kaki saya tercedera. Saya hanya duduk di samping garisan  dan menonton pasukan saya berkerja keras mengharungi Sukan Olimpik dengan perasan yang kecewa dan hilang tempat pertolongan. Impian saya menjadi mimpi ngeri.

Selepas perlawanan itu, bahagian kehidupan saya yang lain menjadi tidak menentu. Saya kehilangan jurulatih saya. Saya menjadi marah kepada dunia. Saya telah berubah daripada  seorang yang  bersemangat, bermotivasi, seorang yang peramah kepada seorang yang dingin, yang sebenarnya saya tidak sukai. Pada 1997, saya mengambil keputusan kembali ke Pasukan Kebangsaan dengan harapan membebaskan diri saya dari pengalaman Olimpik yang sangat menakutkan. Pasukan tersebut perlu untuk layak untuk Kejohanan Dunia. Ia sekali lagi musim panas yang mengecewakan.- kami mengalami kekalahan dan tidak melepasi kelayakan.

Hanya satu perkara baik yang berlaku pada musim panas itu yang mana seorang rakan sepasukan saya menceritakan pengalamannya bersama Atlit in Action. Saya putuskan untuk ikut lawatan ke USA bersama Atlit in Action. Melalu AIAlah saya tahu bahawa perlu mempunyai hubungan peribadi dengan Yesus. Saya menyedari bahawa saya telah menyembah ciptaan. Sepatutnya saya menyembah Pencipta semua ciptaan. Saya membina kehidupan saya di sekeliling benda-benda yang  mudah hilang. Saya memerlukan sesuau yang kekal.

Yesus berkata, ” seorang lelaki yang bijaksana membina rumahnya di atas batu karang yang teguh, sebaliknya  seseorang lelaki yang bodoh membina rumahnya di atas pasir yang mudah runtuh” . Di dalam bola keranjang, para pemain kadangkala merujuk pada bola sebagai ” batu karang”. Tetapi ini bukan batu karang yang berdiri teguh. Saya mempelajari bahawa kadangkala cara Tuhan dalam menarik perhatian kita adalah dengan menunjukkan kepada kita bahawa kita telah meletakkan keutamaan yang salah. Dia bertanya, ”Apa keuntungan sekiranya manusia memiliki seluruh dunia, tetapi kehilangan sesuatu yang bermakna dalam jiwanya ?” . Memang, adalah indah untuk menganggotai Pasukan Olimpik, tetapi ada lagi yang  lebih lagi untuk hidup ini.

Saya telah mebina hidup saya ke atas ”batu karang,” hanya menemukan bahwa ianya pasir yang sedang tenggelam. Sekarang, saya tidak lagi membina kehidupan saya ke atas bola keranjang. Yesus Kristus adalah batu karang. Dia  dasar yang tidak boleh digoncangkan.Yesus Kristus adalah hidup saya.

 

Perhatikan hidup anda. Bagaimana anda menggambarkannya? Bahagia dan berpuas hati? Terburu-buru? Menarik? Tertekan? Maju ke depan? Teragak-agak? Ada masanya kebanyakan kita mengalami  semua hal di atas. Ada perkara yang kita harap-harap dapat lakukan satu hari nanti, ada juga perkara yang kita ingin lupakan saja. Alkitab berkata bahawa Yesus datang untuk membuat semua baru. Bagaimana kiranya cara hidup anda seandainya anda boleh memulakan hidup baru?

 

Hidup dengan harapan

 

Jika anda sedang mencari kedamaian, ada suatu cara untuk mengimbangkan hidup anda. Tiada seorangpun yang sempurna, atau memiliki hidup yang sempurna. Tetapi setiap kita berpeluang untuk mengalami kasih kurnia yang sempurna melalui perhubungan peribadi dengan Tuhan melalui Anak-Nya, Yesus Kristus.

 

Anda boleh menerima Yesus sekarang juga dengan iman melalui doa. Berdoa adalah berbicara dengan Tuhan. Tuhan mengetahui isi hatimu. Dia tidak begitu memerhatikan kata-kata anda, sebaliknya sikap hati andalah yang lebih penting. Berikut merupakan satu cadangan doa:

 

Tuhan Yesus, Saya ingin mengenali Engkau secara peribadi. Terima kasih kerana mati di kayu salib untuk mengampunkan dosa-dosa saya. Saya membuka pintu hati saya dan mengundang Engkau masuk dan menjadi Penyelamat dan Tuhan saya. Kuasailah hidup saya. Terima kasih kerana mengampunkan dosa-dosa saya dan memberikan saya hidup yang kekal. Bentuklah saya sesuai dengan kehendak-Mu.

 

Adakah doa ini menyatakan keinginan hati anda? Anda boleh berdoa sekarang juga, dan Yesus Kristus akan masuk ke dalam hidup anda  seperti yang Dia telah janjikan.

 

Adakah hidup sebegini apa yang anda inginkan?

 

Jika anda telah mengundang Yesus masuk ke dalam hidup anda, bersyukurlah selalu kepada Tuhan kerana Dia berada di dalam hidup anda. Dia tidak akan meninggalkan anda. Anda juga memiliki hidup yang kekal. Ketika anda belajar lebih mendalam mengenai hubungan anda dengan Tuhan, dan betapa Dia mengasihi anda, anda akan hidup penuh bahagia.

                                         

          Jika anda ada soalan yang perlu dijawab dahulu, sila klik di sini.