Hidup Berubah

Dijadikan anak angkat kerana satu tujuan

Saya baru berumur tiga bulan ketika kedua orang tua saya mengambil saya menjadi anak angkat mereka. Berbaring dalam laci bilik pakaian pada malam pertamaitu, saya merenung ibu bapa saya dengan ketidakpercayaan dan kecurigaan., seolah-olah saya bercakap, ” Kamu hanya cuba untuk mengawal saya!’. Rasa marah mulai sejak hari itu, tetapi menakjubkan, kini sekarang, saya berada di dalam rumah ibu bapa yang teguh dan pengasih yang menolong saya mengenal dengan Pencipta saya.

Syukur kepada ibubapa saya, saya mempelajari bahawa selepas kehidupan ini terdapat dua tempat kekekalan, syurga atau neraka. Mudah mengesan di mana satu yang lebih baik. Setelah saya ketahui bahawa menerima Kristus merupakan satu-satunya jalan ke syurga, saya berlutut di hadapan Bapa, dan memohon Yesus mengampuni dosa-dosa saya dan memberi saya kehidupan yang kekal.


Tujuan hidup

Saya hidup dengan kepuasan hati, sehinggalah sesetengah soalan mulai menghantui saya:Apa tujuan hidup ini? Untuk apa kita berada disini-untuk hidup, melahirkan anak dan kemudian mati? Saya tidak tertarik dalam mengejar kekayaan harta benda yang hanya akan ditinggalkan apabila menjangkau sekitar 70 tahun. Ia bukan alasan yang baik untuk hidup. Belum ada yang saya lakukan yang berkaitan dengan ratusan tahun kehidupan seterusnya, apa lagi untuk tujuan kekekalan.

Tetapi semasa Kemah Alkitab musim panas, saya menyedari bahawa hidup saya ada tujuan. Ia datang dari Tuhan. Saya belajar dari Alkitab bahawa Tuhan menciptakan saya untuk bersekutu secara peribadi dengan Dia, untuk mengenal Dia dan mengasihi Dia.

ISaya sedar bahawa penyerahan hidup saya sepenuhnya kepada Tuhan merupakan kunci utama untuk hidup  berkelimpahan dan bererti. Saya diciptakan untuk mengenal Tuhan dan memuliakan Dia untuk kekekalan.


Kekekalan yang bermakna

Tidak lama selepas menyedari tujuan hidup saya,  saya juga mengetahui rancangan Tuhan yang memberi makna kekekalan bagi hidup ini. Saya mesti mengkongsikan kebenaran  dan makna yang telah saya temui dalam Kristus kepada orang lain. Saya menyedari bahawa membaya manusia kepada Kristus akan mengubah destinasi mereka ke kekekalan, sama seperti ketika ibubapa menganggkat saya menjadi anak mereka yang juga mengubah destinasi kekekalan saya.

Sikap semulajadi saya adalah mementingkan diri sendiri dan angkuh. Saya mempunyai kecendurungan semulajadi untuk hidup di luar pimpinan  Kristus. Namun, dalam hidup saya, Kristus telah menggantikan kehidupan yang tidak bermakna. Bersama Yesus, anda pun boleh menemukan kehidupan yang bermakna seperti yang anda ingin miliki.


Perhatikan hidup anda. Bagaimana anda menggambarkannya? Bahagia dan berpuas hati? Terburu-buru? Menarik? Tertekan? Maju ke depan? Teragak-agak? Ada masanya kebanyakan kita mengalami  semua hal di atas. Ada perkara yang kita harap-harap dapat lakukan satu hari nanti, ada juga perkara yang kita ingin lupakan saja. Alkitab berkata bahawa Yesus datang untuk membuat semua baru. Bagaimana kiranya cara hidup anda seandainya anda boleh memulakan hidup baru?

 

Hidup dengan harapan

 

Jika anda sedang mencari kedamaian, ada suatu cara untuk mengimbangkan hidup anda. Tiada seorangpun yang sempurna, atau memiliki hidup yang sempurna. Tetapi setiap kita berpeluang untuk mengalami kasih kurnia yang sempurna melalui perhubungan peribadi dengan Tuhan melalui Anak-Nya, Yesus Kristus.

 

Anda boleh menerima Yesus sekarang juga dengan iman melalui doa. Berdoa adalah berbicara dengan Tuhan. Tuhan mengetahui isi hatimu. Dia tidak begitu memerhatikan kata-kata anda, sebaliknya sikap hati andalah yang lebih penting. Berikut merupakan satu cadangan doa:

 

Tuhan Yesus, Saya ingin mengenali Engkau secara peribadi. Terima kasih kerana mati di kayu salib untuk mengampunkan dosa-dosa saya. Saya membuka pintu hati saya dan mengundang Engkau masuk dan menjadi Penyelamat dan Tuhan saya. Kuasailah hidup saya. Terima kasih kerana mengampunkan dosa-dosa saya dan memberikan saya hidup yang kekal. Bentuklah saya sesuai dengan kehendak-Mu.

 

Adakah doa ini menyatakan keinginan hati anda? Anda boleh berdoa sekarang juga, dan Yesus Kristus akan masuk ke dalam hidup anda  seperti yang Dia telah janjikan.

 

Adakah hidup sebegini apa yang anda inginkan?

 

Jika anda telah mengundang Yesus masuk ke dalam hidup anda, bersyukurlah selalu kepada Tuhan kerana Dia berada di dalam hidup anda. Dia tidak akan meninggalkan anda. Anda juga memiliki hidup yang kekal. Ketika anda belajar lebih mendalam mengenai hubungan anda dengan Tuhan, dan betapa Dia mengasihi anda, anda akan hidup penuh bahagia.

                                         

          Jika anda ada soalan yang perlu dijawab dahulu, sila klik di sini.