Hidup Berubah

Bintang tidak memilikinya

Setekat yang saya ingat, saya telah mencari kebenaran dan kasih sekian lama. Saya berfikir bahawa pasti ada seseorang yang dapat saya percayai di mana saya boleh terbuka tanpa memperbodohkan saya.

Saya mencari kebenaran dan kasih di dalam perhubungan. Saya selalu merasa rendah diri dan disakiti. Dalam masa seterusnya, saya berhenti mencari kebenaran dan cinta di antara manusia.

Penyelidikan Rohani

Saya mulai menyelidiki suatu idea yang ”tinggi” yang sedia wujud. Saya menjadi pelajar astrologi. Saya tertarik dengan ketepatan menghurai karakter-karakter manusia dan peristiaw-peristiwa dalam hidup mereka. Saya berfikir bahawa melalui astrologi, saya boleh menjadi kawan yang lebih baik dan boleh mendapatkan cinta dari orang lain. Bagaimanapun, selepas empat tahun pengajian, saya menyedari bahawa orang lain tidak ambil kisah dengan saya. Saya  rasa sendirian dan semakin kecewa dari sebelumya. Saya mulai mempunyai soalan-soalan mengenai kehidupan tetapi belum mampu mendapatkan jawapan .

Saya kemudiannya terjumpa seorang wanita yang telah menghadiri gereja sepanjang hidupnya. Sejak kebelakangan ini, dia mempelajari sesuatu yang menarik mengenai Yesus Kristus yang telah mengubah hidupnya. Dia dengan keras menyatakan bahawa hanya Yesus Kristus jalan ke syurga.

Selepas melewati banyak lewat-malam berdebat, akhirnya saya bersetuju untuk menyelidiki Alkitab secara peribadi. Sewaktu saya melakukannya, saya mempelajari bahawa Yesus Kristus mengasihi saya sungguh-sungguh. Dia menderita dan mati supaya saya boleh bersama Dia selamanya.

Kesunyian saya luntur

Sekiranya pakar astrologi memiliki ketepatan sains matematikal, mengapa orang bijaksana itu tidak menemukan bayi (Kristus)  ketika Dia tempat Ia dilahirkan? Sekiranya astrologi adalah salah satu jalan kepada Tuhan, mengapa Raja Herod menggunakan astrologi untuk membunuh Yesus?

Sewaktu saya memikirkan soalan-soalan ini, saya mengetauhi bahawa astrologi tidak pernah menjadi jalan kepada Tuhan. Jika Dia adalah kebenaran dan Dia mengasihi saya lebih dari orang lain, saya mahu bersama Dia selamanya. Saya memberitahu Dia bahawa Dia boleh mengawal kehidupan saya.

Selepas saya melakukan perkara ini, kesunyian dan ketidaktenteraman saya telah hilang. Ia telah diganti dengan damai dan penghiburan. Akhirnya saya telah menemukan apa yang saya cari. Saya telah menemukan seseorang yang mampu mengasihi saya sepenuhnya dan tidak pernah memperdayakan saya. Sejak itu, saya telah bertumbuh untuk mengasihi Dia dengan lebih dan lebih lagi. Dia telah memberikan saya  tujuan  higup yang menarik. Saya boleh menolong orang lain yang mengalami kesunyian dan ketidaktenteramaan dengan memberitahu mereka betapa besar kasih Tuhan untuk mereka.

 

Perhatikan hidup anda. Bagaimana anda menggambarkannya? Bahagia dan berpuas hati? Terburu-buru? Menarik? Tertekan? Maju ke depan? Teragak-agak? Ada masanya kebanyakan kita mengalami  semua hal di atas. Ada perkara yang kita harap-harap dapat lakukan satu hari nanti, ada juga perkara yang kita ingin lupakan saja. Alkitab berkata bahawa Yesus datang untuk membuat semua baru. Bagaimana kiranya cara hidup anda seandainya anda boleh memulakan hidup baru?

 

Hidup dengan harapan

 

Jika anda sedang mencari kedamaian, ada suatu cara untuk mengimbangkan hidup anda. Tiada seorangpun yang sempurna, atau memiliki hidup yang sempurna. Tetapi setiap kita berpeluang untuk mengalami kasih kurnia yang sempurna melalui perhubungan peribadi dengan Tuhan melalui Anak-Nya, Yesus Kristus.

 

Anda boleh menerima Yesus sekarang juga dengan iman melalui doa. Berdoa adalah berbicara dengan Tuhan. Tuhan mengetahui isi hatimu. Dia tidak begitu memerhatikan kata-kata anda, sebaliknya sikap hati andalah yang lebih penting. Berikut merupakan satu cadangan doa:

 

Tuhan Yesus, Saya ingin mengenali Engkau secara peribadi. Terima kasih kerana mati di kayu salib untuk mengampunkan dosa-dosa saya. Saya membuka pintu hati saya dan mengundang Engkau masuk dan menjadi Penyelamat dan Tuhan saya. Kuasailah hidup saya. Terima kasih kerana mengampunkan dosa-dosa saya dan memberikan saya hidup yang kekal. Bentuklah saya sesuai dengan kehendak-Mu.

 

Adakah doa ini menyatakan keinginan hati anda? Anda boleh berdoa sekarang juga, dan Yesus Kristus akan masuk ke dalam hidup anda  seperti yang Dia telah janjikan.

 

Adakah hidup sebegini apa yang anda inginkan?

 

Jika anda telah mengundang Yesus masuk ke dalam hidup anda, bersyukurlah selalu kepada Tuhan kerana Dia berada di dalam hidup anda. Dia tidak akan meninggalkan anda. Anda juga memiliki hidup yang kekal. Ketika anda belajar lebih mendalam mengenai hubungan anda dengan Tuhan, dan betapa Dia mengasihi anda, anda akan hidup penuh bahagia.

                                         

          Jika anda ada soalan yang perlu dijawab dahulu, sila klik di sini.