Hidup Berubah

Visi terowong

Pada tahun 1971, masalah di Utara Ireland meningkat menjadi satu bahaya kepada saya dan kepada 6 orang anak saya. Kami mendengar cerita-cerita yang mengerikan setiap hari di dalam radio. Cerita yeng mengerikan secara peribadi terjadi pada malam dimana saya telah diserang oleh dua lelaki bersenapang. Seorang mengertak saya dengan bertanyakan saya soalan mengenai lokasi seseorang. Walaupun saya bukan seorang Kristian, saya berdoa dengan senyap kepada Tuhan agar menolong saya.

Tuhan yang berbelas kasihan

Tangisan anak saya yang baru lahir membuatkan lelaki bersenjata senapang itu bersembunyi di bawah katil. Buaian anak kecil saya bersebelahan dengan pintu bilik tidur, tidak dapat dilihat oleh mereka.

” Ah, lihat’, lelaki bersenapang itu bersuara,” ada bayi di sini. Pergi dan lihat sekiranya ada sesiapa lagi di sana.”

” Rumah ini dipenuhi oleh mereka,’ kata seorang lelaki bersenapang lagi.

” Oh, mari sini! Mari kita tinggalkan dia,’ lelaki bersenapang yang pertama memberi arahan.

Mereka pergi, dan saya menangis kerana mengetahui bahawa Tuhan mempunyai mengasihi saya. Berikutan dengan peristiwa itu, kami terus berpindah ke England.

Mencari Damai


Saya mencari damai tetapi saya tahu bahawa saya hidup dengan pembohongan. Lelaki yang bersama saya sangat zalim, terutama ketika mabuk. Dia sekali sekala memukul anak saya dan saya. Saya menjadi sangat tertekan dan pada satu hari saya minum sehingga mabuk dan menjatuhkkan diri saya di hadapan sebuah kereta. Ini menyebabkan saya berada di hospital keranan mengalami keretakan pada tengkorak saya.  Hasilnya, keseimbangan saya telah terjejas dan saya kehilangan semua deria rasa. Hidup saya kini menjadi kacau bilau!

Suami saya akhirnya  dipenjarakan, mengizinkan anak saya dan saya mendapat kebebasan yang baru. Tetapi apabila waktu pembebasannya telah hampir, saya menjadi takut yang dia sekali lagi cuba untuk mencederakan anak-anak saya. Saya merasa terperangkap kerana saya mengandung akan anaknya. Untuk menjadikan keadaan lebih buruk, saya begitu sakit selepas kelahiran anak itu dan akhirnya dimasukkan di hospital.

Visi luar biasa

Satu petang, sewaktu di hospital, saya telah mendengar visi yang luar biasa. Saya melihat tujuh tempat meletakkan lilin di atas satu altar yang putih. Bilik itu berkilau-kilauan dengan cahaya. Tiba-tiba, saya berjalan melalui satu kegelapan dan lorong yang sempit. Seseorang yang berada di sebelah saya memegang lilin yang bercahaya, tetapi saya tidak dapat melihat orang tersebut. Saya memanggil dengan berkata, ” adakah saya akan mati? Apa yang harus saya buat?” Satu suara membalas, ’percaya di dalam Tuhan Yesus Kristus dan kamu akan diselamatkan, dan seisi rumahmu’

‘Tetapi, saya kenal  Yesus!”  Saya menangis.

‘Tetapi syaitanpun seperti itu dan mereka  gementar’, Suara itu menjawab.

‘Oh Tuhan!sekiranya iblis tahu apa yang saya tahu dan ini tidak menyelamatkan dia atau saya, apa yang perlu dilakukan?’ ’Percaya’, jawapan yang terakhir.

Saya menjawab, ’Tuhan, saya selalu tahu bahawa Engkau ada di sana, tetapi saya tidak pernah mempercayai Engkau sepenuhnya di dalam hidup saya. Tolong bagi saya pilihan yang lain .

Akhirnya damai kumiliki

Pengalaman saya berakhir dengan Tuhan Yesus berdiri di dalam cahaya yang samar dan meletakkan lilin ke bawah dengan api yang menyala kecil.

Selepas itu, saya merasakan damai yang selama ini saya dambakan. Semua perasaan takut telah hilang. kini, pada akhirnya, kasih yang saya rindukan sejak kanak-kanak lagi aku miliki.

Tuhan telah berjanji bahawa Dia tidak akan pernah membiarkan atau meninggalkan kita. Setiap kita perlu  mencari Tuhan untuk diri kita sendiri. Hanya Dia mampu mengasihi kita sepenuhnya dan tanpa syarat dan memberi kita kuasa untuk berubah.

Perhatikan hidup anda. Bagaimana anda menggambarkannya? Bahagia dan berpuas hati? Terburu-buru? Menarik? Tertekan? Maju ke depan? Teragak-agak? Ada masanya kebanyakan kita mengalami semua hal di atas. Ada perkara yang kita harap-harap dapat lakukan satu hari nanti, ada juga perkara yang kita ingin lupakan saja. Alkitab berkata bahawa Yesus datang untuk membuat semua baru. Bagaimana kiranya cara hidup anda seandainya anda boleh memulakan hidup baru?

 

Hidup dengan harapan

 

Jika anda sedang mencari kedamaian, ada suatu cara untuk mengimbangkan hidup anda. Tiada seorangpun yang sempurna, atau memiliki hidup yang sempurna. Tetapi setiap kita berpeluang untuk mengalami kasih kurnia yang sempurna melalui perhubungan peribadi dengan Tuhan melalui Anak-Nya, Yesus Kristus.

 

Anda boleh menerima Yesus sekarang juga dengan iman melalui doa. Berdoa adalah berbicara dengan Tuhan. Tuhan mengetahui isi hatimu. Dia tidak begitu memerhatikan kata-kata anda, sebaliknya sikap hati andalah yang lebih penting. Berikut merupakan satu cadangan doa:

 

Tuhan Yesus, Saya ingin mengenali Engkau secara peribadi. Terima kasih kerana mati di kayu salib untuk mengampunkan dosa-dosa saya. Saya membuka pintu hati saya dan mengundang Engkau masuk dan menjadi Penyelamat dan Tuhan saya. Kuasailah hidup saya. Terima kasih kerana mengampunkan dosa-dosa saya dan memberikan saya hidup yang kekal. Bentuklah saya sesuai dengan kehendak-Mu.

 

Adakah doa ini menyatakan keinginan hati anda? Anda boleh berdoa sekarang juga, dan Yesus Kristus akan masuk ke dalam hidup anda  seperti yang Dia telah janjikan.

 

Adakah hidup sebegini apa yang anda inginkan?

 

Jika anda telah mengundang Yesus masuk ke dalam hidup anda, bersyukurlah selalu kepada Tuhan kerana Dia berada di dalam hidup anda. Dia tidak akan meninggalkan anda. Anda juga memiliki hidup yang kekal. Ketika anda belajar lebih mendalam mengenai hubungan anda dengan Tuhan, dan betapa Dia mengasihi anda, anda akan hidup penuh bahagia.

                                         

          Jika anda ada soalan yang perlu dijawab dahulu, sila klik di sini.