Hidup Berubah

Jalan aneh menuju kejayaan

Saya ingin menjadi seorang jurulatih bola sepak lebih daripada apa-apa pun. Saya fikir kerjaya ini boleh memberikan saya segala-gala yang saya ingini dalam hidup -- kekayaan, kedudukan tinggi, prestij. Keinginan inilah menjadi segala-galanya dalam hidup saya. Pada tahun 1972, saya bertemu dengan George. Dia seorang yang berbadan kecil, rendah hati, dan berasa tenang dengan dirinya sendiri dan dengan dengan Tuhan. Waktu kami bersama menyebabkan saya sedar bahawa walaupun saya meminta Yesus memasuki hidup saya ketika kecil, saya tidak pernah menjadikan Dia prioriti utama. Saya tahu saya harus berubah.

Walaupun saya mengabdikan diri sekali lagi kepada Kristus, saya enggan mempercayakan kerjaya saya kepada-Nya. Pada tahun 1978, setelah bertahun-tahun lamanya bertukar-tukar kerja, saya akhirnya berpeluang untuk menjadi ketua jurulatih. Tetapi malangnya, peluang itu terlepas kerana kami ditewaskan dalam 12 daripada 16 perlawanan pada musim itu. "Tuhan, saya menyerahkan keinginan saya untuk menjadi ketua jurulatih kepada Engkau kali ini," saya berdoa. "Mulai dari sekarang, kerjaya saya berada di dalam tangan-Mu."

Dua tahun kemudian, saya menjadi ketua jurulatih untuk Washington Redskins. Pada tahun 1983, untuk pertama kalinya saya memenangi Kejuaraan Superbowl. Dengan serta-merta tanpa mempercayai Tuhan, saya menceburi bidang hartanah untuk mendapat kekayaan. Hakikatnya saya hampir bankrap.

Mengenang kembali apa yang telah saya lalui, saya tahu Tuhan sedang mengajar saya bahawa kebahagiaan dan kejayaan tidak patut dijadikan objek buruan, tetapi merupakan bahan sampingan hidup yang diserahkan kepada Tuhan. Tuhan tidak kisah langsung tentang kemenangan dalam perlawanan bola sepak. Dia lebih mementingkan hubungan saya dengan Dia. Ini merupakan suatu pelajaran yang saya harus pelajari berulang kali. Tetapi Tuhan adalah setia dan melalui semua ini saya menjadi semakin kuat.


 

Perhatikan hidup anda. Bagaimana anda menggambarkannya? Bahagia dan berpuas hati? Terburu-buru? Menarik? Tertekan? Maju ke depan? Teragak-agak? Ada masanya kebanyakan kita mengalami semua hal di atas. Ada perkara yang kita harap-harap dapat lakukan satu hari nanti, ada juga perkara yang kita ingin lupakan saja. Alkitab berkata bahawa Yesus datang untuk membuat semua baru. Bagaimana kiranya cara hidup anda seandainya anda boleh memulakan hidup baru?

 

Hidup dengan harapan

 

Jika anda sedang mencari kedamaian, ada suatu cara untuk mengimbangkan hidup anda. Tiada seorangpun yang sempurna, atau memiliki hidup yang sempurna. Tetapi setiap kita berpeluang untuk mengalami kasih kurnia yang sempurna melalui perhubungan peribadi dengan Tuhan melalui Anak-Nya, Yesus Kristus.

 

Anda boleh menerima Yesus sekarang juga dengan iman melalui doa. Berdoa adalah berbicara dengan Tuhan. Tuhan mengetahui isi hatimu. Dia tidak begitu memerhatikan kata-kata anda, sebaliknya sikap hati andalah yang lebih penting. Berikut merupakan satu cadangan doa:

 

Tuhan Yesus, Saya ingin mengenali Engkau secara peribadi. Terima kasih kerana mati di kayu salib untuk mengampunkan dosa-dosa saya. Saya membuka pintu hati saya dan mengundang Engkau masuk dan menjadi Penyelamat dan Tuhan saya. Kuasailah hidup saya. Terima kasih kerana mengampunkan dosa-dosa saya dan memberikan saya hidup yang kekal. Bentuklah saya sesuai dengan kehendak-Mu.

 

Adakah doa ini menyatakan keinginan hati anda? Anda boleh berdoa sekarang juga, dan Yesus Kristus akan masuk ke dalam hidup anda  seperti yang Dia telah janjikan.

 

Adakah hidup sebegini apa yang anda inginkan?

 

Jika anda telah mengundang Yesus masuk ke dalam hidup anda, bersyukurlah selalu kepada Tuhan kerana Dia berada di dalam hidup anda. Dia tidak akan meninggalkan anda. Anda juga memiliki hidup yang kekal. Ketika anda belajar lebih mendalam mengenai hubungan anda dengan Tuhan, dan betapa Dia mengasihi anda, anda akan hidup penuh bahagia.

                                         

          Jika anda ada soalan yang perlu dijawab dahulu, sila klik di sini.