Hidup Berubah

Gol dalam hidup

Mereka mengatakan gol yang saya jaringkan untuk memenangi permainan terakhir dalam siri hoki Kanada/Rusia 1972 sebagai "Gol dalam Abad." Saya masih merasa bangga apabila saya teringat peristiwa itu. Pada masa itu, saya telah mencapai kebanyakan daripada impian saya dan tahu bahawa saya seorang yang sangat bernasib baik dan diberkati. Tapi, jauh di lubuk hati, saya merasa gelisah dan tidak puas hati. Saya tidak boleh menafikan perasaan ini. Saya berasa marah dan kecewa. Terdapat hal-hal dalam hidup saya yang saya tidak tahu apa yang patut saya lakukan.

Puji Tuhan kerana seorang kawan mendorong saya untuk menyelidiki dakwaan Yesus. Saya mula membaca Alkitab untuk mengetahui cerita tentang Yesus. Dia mendakwa bahawa Dia adalah Tuhan, dan Dia mengatakan Dia mengasihi saya dan mahu memberikan saya hidup sejati dan kekal. Setelah mencari kebenaran selama dua tahun, saya menjadi yakin bahawa Tuhan mengasihi saya dan ingin saya mengenali-Nya. Jadi saya menjemput Yesus menjadi Tuhan dan Penyelamat saya.

Sejak hari itu, saya tidak sama lagi seperti dahulu. Dia memberikan impak positif dalam semua aspek hidup saya. Ini tidak bermakna hidup saya tidak lagi bermasalah, tapi saya mengalami ketenangan dalaman, kepuasan dan damai sejahtera setiap hari. Ini meyakinkan saya bahawa janji-Nya untuk mengasihi dan menjaga saya adalah benar. Bahkan saya tidak sabar-sabar untuk bersekutu dengan-Nya selama-lamanya.

 

Perhatikan hidup anda. Bagaimana anda menggambarkannya? Bahagia dan berpuas hati? Terburu-buru? Menarik? Tertekan? Maju ke depan? Teragak-agak? Ada masanya kebanyakan kita mengalami semua hal di atas. Ada perkara yang kita harap-harap dapat lakukan satu hari nanti, ada juga perkara yang kita ingin lupakan saja. Alkitab berkata bahawa Yesus datang untuk membuat semua baru. Bagaimana kiranya cara hidup anda seandainya anda boleh memulakan hidup baru?

 

Hidup dengan harapan

 

Jika anda sedang mencari kedamaian, ada suatu cara untuk mengimbangkan hidup anda. Tiada seorangpun yang sempurna, atau memiliki hidup yang sempurna. Tetapi setiap kita berpeluang untuk mengalami kasih kurnia yang sempurna melalui perhubungan peribadi dengan Tuhan melalui Anak-Nya, Yesus Kristus.

 

Anda boleh menerima Yesus sekarang juga dengan iman melalui doa. Berdoa adalah berbicara dengan Tuhan. Tuhan mengetahui isi hatimu. Dia tidak begitu memerhatikan kata-kata anda, sebaliknya sikap hati andalah yang lebih penting. Berikut merupakan satu cadangan doa:

 

Tuhan Yesus, Saya ingin mengenali Engkau secara peribadi. Terima kasih kerana mati di kayu salib untuk mengampunkan dosa-dosa saya. Saya membuka pintu hati saya dan mengundang Engkau masuk dan menjadi Penyelamat dan Tuhan saya. Kuasailah hidup saya. Terima kasih kerana mengampunkan dosa-dosa saya dan memberikan saya hidup yang kekal. Bentuklah saya sesuai dengan kehendak-Mu.

 

Adakah doa ini menyatakan keinginan hati anda? Anda boleh berdoa sekarang juga, dan Yesus Kristus akan masuk ke dalam hidup anda  seperti yang Dia telah janjikan.

 

Adakah hidup sebegini apa yang anda inginkan?

 

Jika anda telah mengundang Yesus masuk ke dalam hidup anda, bersyukurlah selalu kepada Tuhan kerana Dia berada di dalam hidup anda. Dia tidak akan meninggalkan anda. Anda juga memiliki hidup yang kekal. Ketika anda belajar lebih mendalam mengenai hubungan anda dengan Tuhan, dan betapa Dia mengasihi anda, anda akan hidup penuh bahagia.

                                         

          Jika anda ada soalan yang perlu dijawab dahulu, sila klik di sini.