Hidup Berubah

Tragedi menyelamatkan hidup saya

Semuanya berlaku begitu cepat. Ketika van membelok di selekoh, saya langsung tidak ada masa untuk memberi amaran kepada suami saya. Van berputar-putar dan tidak boleh dikawal. Van kemudian diterbalikkan dan terus terhempas ke longkang. Sukar dipercayai, kami tidak cedera. Alat-alat muzik yang saya bawa untuk lawatan persembahan berselerak di dalam kereta yang ranap. Pada malam itu, dalam longkang yang sejuk lagi gelap, saya sedar bahawa Tuhan sedang memberikan saya peluang sekali lagi untuk hidup (hidup saya kucar-kacir sejak kecil).

Saya pernah mengalami penganiayaan seks. Bapa saya yang merupakan seorang kaki arak telah membunuh diri.

Ibu saya meninggal kerana barah dada, dan abang sulung saya mati kerana termakan heroin berlebihan. Pada waktu saya sedih, Tuhan bersama saya. Ketika saya masih remaja, saya telah pindah keluar dari rumah dan tidak lagi berfikir tentang Tuhan. Saya mulai menjalani kehidupan yang liar.

Saya mendiamkan iman saya kepada Tuhan begitu saja. Saya fikir saya tidak perlu Tuhan lagi. Tetapi kehidupan baru ini adalah bertentangan dengan nilai-nilai yang saya hargai suatu masa dahulu. Maka saya mulai membenci diri. Saya merasa bingung, kekosongan dalam hidup dan tidak ada orang yang mengasihi saya.

Pada masa inilah kemalangan itu terjadi. Kemalangan itu mengubah haluan hidup saya. Saya mengatakan, "Ya Tuhan, saya tidak boleh hidup begini lagi. Saya mengabdikan diri kepada Engkau sekali lagi." Sejak saat ini hidup saya telah berubah.

Dengan bantuan Tuhan, saya dapat menghadapi kesulitan dalam hidup. Dia memberikan saya penyembuhan, dan peluang sekali lagi untuk memulai hidup baru. Kasih-Nya memenuhi hati saya sejak kejadian itu.

 

Perhatikan hidup anda. Bagaimana anda menggambarkannya? Bahagia dan berpuas hati? Terburu-buru? Menarik? Tertekan? Maju ke depan? Teragak-agak? Ada masanya kebanyakan kita mengalami semua hal di atas. Ada perkara yang kita harap-harap dapat lakukan satu hari nanti, ada juga perkara yang kita ingin lupakan saja. Alkitab berkata bahawa Yesus datang untuk membuat semua baru. Bagaimana kiranya cara hidup anda seandainya anda boleh memulakan hidup baru?

 

Hidup dengan harapan

 

Jika anda sedang mencari kedamaian, ada suatu cara untuk mengimbangkan hidup anda. Tiada seorangpun yang sempurna, atau memiliki hidup yang sempurna. Tetapi setiap kita berpeluang untuk mengalami kasih kurnia yang sempurna melalui perhubungan peribadi dengan Tuhan melalui Anak-Nya, Yesus Kristus.

 

Anda boleh menerima Yesus sekarang juga dengan iman melalui doa. Berdoa adalah berbicara dengan Tuhan. Tuhan mengetahui isi hatimu. Dia tidak begitu memerhatikan kata-kata anda, sebaliknya sikap hati andalah yang lebih penting. Berikut merupakan satu cadangan doa:

 

Tuhan Yesus, Saya ingin mengenali Engkau secara peribadi. Terima kasih kerana mati di kayu salib untuk mengampunkan dosa-dosa saya. Saya membuka pintu hati saya dan mengundang Engkau masuk dan menjadi Penyelamat dan Tuhan saya. Kuasailah hidup saya. Terima kasih kerana mengampunkan dosa-dosa saya dan memberikan saya hidup yang kekal. Bentuklah saya sesuai dengan kehendak-Mu.

 

Adakah doa ini menyatakan keinginan hati anda? Anda boleh berdoa sekarang juga, dan Yesus Kristus akan masuk ke dalam hidup anda  seperti yang Dia telah janjikan.

 

Adakah hidup sebegini apa yang anda inginkan?

 

Jika anda telah mengundang Yesus masuk ke dalam hidup anda, bersyukurlah selalu kepada Tuhan kerana Dia berada di dalam hidup anda. Dia tidak akan meninggalkan anda. Anda juga memiliki hidup yang kekal. Ketika anda belajar lebih mendalam mengenai hubungan anda dengan Tuhan, dan betapa Dia mengasihi anda, anda akan hidup penuh bahagia.

                                         

          Jika anda ada soalan yang perlu dijawab dahulu, sila klik di sini.