Hidup Berubah

Mendefinisikan semula kejayaan

Pada tahun 1977, saya berfikir yang saya telah berjaya. Saya berjaya dalam perniagaan, mempunyai Ph.D. dan telah berkahwin dengan mempunyai tiga orang anak. Saya yakin semuanya kerana kemampuan dan kebijaksanaan saya. Saya fikir dengan kerja keras saya boleh capai semuanya. Pengetahuan, kekuatan yang ada, ijazah kolej dan kejayaan dalam bisnes sangat penting bagi saya  melebihi  semua perkara yang lain.

Anak lelaki saya Alan, mempunyai keutamaan yang berbeza. Dia cuba untuk memberitahu saya bahawa Yesus Kristus sangat bermakna bagi dia, tetapi saya yakin bahawa saya tidak memerlukan Dia. Saya beritahu  Alan bahawa saya mampu melakukan semua perkara sendiri. Dengan tegas saya  menolak iman Kristian. Alan beritahu  Pastornya, ” Ayah saya tidak akan menjadi Kristian”!.


Membaca Kebenaran

Alan kemudiaannya  sakit  dan dimasukkan ke hospital. Selepas jantungnya berhenti berdegup, saya berdiri di luar bilik kecemasan bergumul dengan kesakitan, sangat menderita dan tidak berdaya. Baru saya sedar, ada hal yang saya tidak mampu melakukan sendirian. Tidak ada yang mampu saya lakukan ketika anak saya di pinggir kematian. Saya tidak tahu bagaimana untuk berdoa.

Alan telah selamat dari jantung berhenti, tetapi harus di hospital untuk jangkamasa yang panjang kerana jangkitan kepala yang sangat serius. Katanya, ”Tuhan turut serta dalam semuanya”. Sekiranya dengan penyakit ini Tuhan boleh membawa ayah kepada Yesus, saya tidak rugi mengalaminya”  Saya benar-benar kagum!

Saya membacakan Alkitab Alan kepada-nya setiap hari di sampingnya. Untuk pertama kalinya, saya belajar mengenai Alkitab dan Yesus. Kekuatan iman Alan kepada Yesus, ditambah dengan apa yang saya baca di dalam Alkitab,  saya mulai yakin bahawa Yesus adalah benar. Dia  adalah Anak Tuhan yang benar. Saya percaya bahawa Yesus telah mengatakan yang benar dan menerima pengakuan-Nya.


Damai melebihi pemahaman

Sebulam kemudian, saya mengundang Yesus untuk mengambil tempat kehidupan saya, menjadi Tuhan dan Penyelamat saya. Saya tahu Tuhan mahu saya mempunyai kehidupan yang lebih berharga. Alan begitu merasa terharu apabila saya memberitahu dia mengenai keputusan saya! Dia telah berdoa untuk saya untuk masa yang begitu lama.

Tiga minggu selepas keputusan saya itu, Alan mulai berada dalam keadaan koma. Selama tiga hari saya berusaha berada di samping sebelah katil tidurnya., sampai akhirnya dia pergi dari kehidupan di bumi untuk bersama dengan Tuhan dan Penyelamatnya. Saya ingin terus menerus untuk  berkongsi mengenai kehidupan Kristian saya yang baru dengan anak saya, tetapi saya tahu bahawa sekarang dia menjalani kehidupan kekal di syurga dan saya akan melihat kembali satu masa nanti. Walaupun mengalami kesedihan yang amat sangat kerana kematian anak saya, Tuhan memberi isteri dan saya damai dan harapan yang melampaui semua pemahaman manusia .

Tuhan merupakan yang pertama menjadi keutamaan hidup saya. Prinsip hidup saya dalam membuat keputusan berubah secara total.  Saya memohon pertolongan kepada Tuhan dalam membuat keputusan urusan harian dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada pengetahuan saya sendiri. Saya telah menemukan bahawa kebijaksanaan Tuhan yang tidak terukur adalah sangat luas berbanding kebijaksanaan saya sendiri.


 

Perhatikan hidup anda. Bagaimana anda menggambarkannya? Bahagia dan berpuas hati? Terburu-buru? Menarik? Tertekan? Maju ke depan? Teragak-agak? Ada masanya kebanyakan kita mengalami semua hal di atas. Ada perkara yang kita harap-harap dapat lakukan satu hari nanti, ada juga perkara yang kita ingin lupakan saja. Alkitab berkata bahawa Yesus datang untuk membuat semua baru. Bagaimana kiranya cara hidup anda seandainya anda boleh memulakan hidup baru?

 

Hidup dengan harapan

 

Jika anda sedang mencari kedamaian, ada suatu cara untuk mengimbangkan hidup anda. Tiada seorangpun yang sempurna, atau memiliki hidup yang sempurna. Tetapi setiap kita berpeluang untuk mengalami kasih kurnia yang sempurna melalui perhubungan peribadi dengan Tuhan melalui Anak-Nya, Yesus Kristus.

 

Anda boleh menerima Yesus sekarang juga dengan iman melalui doa. Berdoa adalah berbicara dengan Tuhan. Tuhan mengetahui isi hatimu. Dia tidak begitu memerhatikan kata-kata anda, sebaliknya sikap hati andalah yang lebih penting. Berikut merupakan satu cadangan doa:

 

Tuhan Yesus, Saya ingin mengenali Engkau secara peribadi. Terima kasih kerana mati di kayu salib untuk mengampunkan dosa-dosa saya. Saya membuka pintu hati saya dan mengundang Engkau masuk dan menjadi Penyelamat dan Tuhan saya. Kuasailah hidup saya. Terima kasih kerana mengampunkan dosa-dosa saya dan memberikan saya hidup yang kekal. Bentuklah saya sesuai dengan kehendak-Mu.

 

Adakah doa ini menyatakan keinginan hati anda? Anda boleh berdoa sekarang juga, dan Yesus Kristus akan masuk ke dalam hidup anda  seperti yang Dia telah janjikan.

 

Adakah hidup sebegini apa yang anda inginkan?

 

Jika anda telah mengundang Yesus masuk ke dalam hidup anda, bersyukurlah selalu kepada Tuhan kerana Dia berada di dalam hidup anda. Dia tidak akan meninggalkan anda. Anda juga memiliki hidup yang kekal. Ketika anda belajar lebih mendalam mengenai hubungan anda dengan Tuhan, dan betapa Dia mengasihi anda, anda akan hidup penuh bahagia.

                                         

          Jika anda ada soalan yang perlu dijawab dahulu, sila klik di sini.