Hidup Berubah

Gaya menawan

Mereka katakan saya kerdil, tidak memiliki kekuatan yang mencukupi, dan tidak sesuai langsung. Saya akui apa yang saya telah lalui itu betul-betul susah. Kadang-kala saya masih rasa saya pendek dan tidak cukup kekuatan untuk bersaing dengan mereka yang berbadan besar. Tapi saya mendapati bahawa untuk mencapai kejayaan sama ada di dalam atau di luar gelanggang bukanlah ditentukan oleh saiz fizikal atau kekuatan saja, sebenarnya hubungan dengan Tuhanlah yang mengubahkan segalanya.

Bila saya memenangi perlawanan Terbuka Perancis pada tahun 1989 -- kejuaraan Grand Slam pertama saya -- Saya baru berusia 17 tahun. Adalah mudah bagi saja saya menjadi angkuh selepas mencapai kejayaan itu. Tapi saya menumpukan perhatian saya pada Yesus dan tidak mengejar harta kekayaan, kemasyhuran dan kegemilangan yang merupakan hasil kemenangan.

Semua itu tidak penting berbanding dengan peluang untuk menyentuh hidup manusia secara positif. Saya tahu Tuhanlah yang memberikan saya keupayaan untuk bermain tenis. Saya tidak akan berada di sini tanpa Tuhan yang memberikan saya kekuatan. Dengan perspektif ini, saya boleh bersaing dan menyerahkan sama ada kemenangan atau kekalahan kepada Tuhan.

Saya yakin bahawa segala sesuatu adalah di dalam tangan-Nya. Apa yang penting ialah saya harus berusaha seboleh-bolehnya.

Saya mungkin menang atau saya mungkin kalah. Tapi, apabila saya menumpukan perhatian pada Dia, saya ada sukacita yang hanya Dia boleh berikan.


Perhatikan hidup anda. Bagaimana anda menggambarkannya? Bahagia dan berpuas hati? Terburu-buru? Menarik? Tertekan? Maju ke depan? Teragak-agak? Ada masanya kebanyakan kita mengalami  semua hal di atas. Ada perkara yang kita harap-harap dapat lakukan satu hari nanti, ada juga perkara yang kita ingin lupakan saja. Alkitab berkata bahawa Yesus datang untuk membuat semua baru. Bagaimana kiranya cara hidup anda seandainya anda boleh memulakan hidup baru?

 

Hidup dengan harapan

 

Jika anda sedang mencari kedamaian, ada suatu cara untuk mengimbangkan hidup anda. Tiada seorangpun yang sempurna, atau memiliki hidup yang sempurna. Tetapi setiap kita berpeluang untuk mengalami kasih kurnia yang sempurna melalui perhubungan peribadi dengan Tuhan melalui Anak-Nya, Yesus Kristus.

 

Anda boleh menerima Yesus sekarang juga dengan iman melalui doa. Berdoa adalah berbicara dengan Tuhan. Tuhan mengetahui isi hatimu. Dia tidak begitu memerhatikan kata-kata anda, sebaliknya sikap hati andalah yang lebih penting. Berikut merupakan satu cadangan doa:

 

Tuhan Yesus, Saya ingin mengenali Engkau secara peribadi. Terima kasih kerana mati di kayu salib untuk mengampunkan dosa-dosa saya. Saya membuka pintu hati saya dan mengundang Engkau masuk dan menjadi Penyelamat dan Tuhan saya. Kuasailah hidup saya. Terima kasih kerana mengampunkan dosa-dosa saya dan memberikan saya hidup yang kekal. Bentuklah saya sesuai dengan kehendak-Mu.

 

Adakah doa ini menyatakan keinginan hati anda? Anda boleh berdoa sekarang juga, dan Yesus Kristus akan masuk ke dalam hidup anda  seperti yang Dia telah janjikan.

 

Adakah hidup sebegini apa yang anda inginkan?

 

Jika anda telah mengundang Yesus masuk ke dalam hidup anda, bersyukurlah selalu kepada Tuhan kerana Dia berada di dalam hidup anda. Dia tidak akan meninggalkan anda. Anda juga memiliki hidup yang kekal. Ketika anda belajar lebih mendalam mengenai hubungan anda dengan Tuhan, dan betapa Dia mengasihi anda, anda akan hidup penuh bahagia.

                                         

          Jika anda ada soalan yang perlu dijawab dahulu, sila klik di sini.