Hidup Berubah

Hidup Selepas Mati

Rasanya seperti baru kelmarin, ketika itu  saya bangun dari tidur,  dan melihat suami saya terbaring atas meja makan di ruang tamu. Saya cuba bangunkan dia tetapi tangannya sejuk. Membaca suratnya yang diletak di atas meja, sukar untuk mempercayainya. Katanya dia mencintai saya, tetapi dia  membunuh diri. Dia memakan dadah yang berlebihan. Dia pengamal perubatan yang baik. Perkahwinan kami juga baik. Saya mengalami kejutan untuk tahun yang seterusnya.


Kasih sayang yang menakjubkan

Sebagai seorang Hindu, hidup saya berakhir dengan kematian  suami. Menurut kepercayaan Hindu, tragedi ini terjadi kerana akhibat perbuatan masa lampau.  Kepercayaan itu berkata  bahawa saya menuai apa yang telah saya tanam.

Sementara saya mengalami tekanan, tiga  anak remaja saya mencadangkan supaya saya untuk menghadiri gereja tempat mereka mengikuti sekolah minggu. Saya pergi meskipun agak keberatan. Cara mereka melayan saya sangat mengkagumkan. Mereka semua mengasihi saya. Mereka berdoa untuk saya dan sangat prihatin. Dalam perjumpaan-perjumpaan Hindu, saya tidak pernah merasakan kasih dan penerimaan yang serupa .

Kasih tanpa perbuatan

Saya terus menghadiri  gereja walaupuan saya was-was dengan orang Kristian. Saya tidak layak menerima kasih mereka. Setelah bercerita dengan orang Kristian dan membaca Alkitab, saya mulai faham bahawa Kasih Tuhan  tidak tergantung kepada perbuatan-perbuatan saya .

Yesus telah mati untuk mengampuni saya. Melalui pengampunan itu, saya mampu mengampuni suami dan diri saya sendiri atas kejadian bunuh diri itu. Hanya Tuhan boleh memberi damai, kasih dan sukacita yang saya alami semenjak itu.

Perhatikan hidup anda. Bagaimana anda menggambarkannya? Bahagia dan berpuas hati? Terburu-buru? Menarik? Tertekan? Maju ke depan? Teragak-agak? Ada masanya kebanyakan kita mengalami  semua hal di atas. Ada perkara yang kita harap-harap dapat lakukan satu hari nanti, ada juga perkara yang kita ingin lupakan saja. Alkitab berkata bahawa Yesus datang untuk membuat semua baru. Bagaimana kiranya cara hidup anda seandainya anda boleh memulakan hidup baru?

 

Hidup dengan harapan

 

Jika anda sedang mencari kedamaian, ada suatu cara untuk mengimbangkan hidup anda. Tiada seorangpun yang sempurna, atau memiliki hidup yang sempurna. Tetapi setiap kita berpeluang untuk mengalami kasih kurnia yang sempurna melalui perhubungan peribadi dengan Tuhan melalui Anak-Nya, Yesus Kristus.

 

Anda boleh menerima Yesus sekarang juga dengan iman melalui doa. Berdoa adalah berbicara dengan Tuhan. Tuhan mengetahui isi hatimu. Dia tidak begitu memerhatikan kata-kata anda, sebaliknya sikap hati andalah yang lebih penting. Berikut merupakan satu cadangan doa:

 

Tuhan Yesus, Saya ingin mengenali Engkau secara peribadi. Terima kasih kerana mati di kayu salib untuk mengampunkan dosa-dosa saya. Saya membuka pintu hati saya dan mengundang Engkau masuk dan menjadi Penyelamat dan Tuhan saya. Kuasailah hidup saya. Terima kasih kerana mengampunkan dosa-dosa saya dan memberikan saya hidup yang kekal. Bentuklah saya sesuai dengan kehendak-Mu.


Adakah doa ini menyatakan keinginan hati anda? Anda boleh berdoa sekarang juga, dan Yesus Kristus akan masuk ke dalam hidup anda  seperti yang Dia telah janjikan.

 

Apakah hidup sebegini apa yang anda inginkan?


Jika anda telah mengundang Yesus masuk ke dalam hidup anda, bersyukurlah selalu kepada Tuhan kerana Dia berada di dalam hidup anda. Dia tidak akan meninggalkan anda. Anda juga memiliki hidup yang kekal. Ketika anda belajar lebih mendalam mengenai hubungan anda dengan Tuhan, dan betapa Dia mengasihi anda, anda akan hidup penuh bahagia.

                                         

          Jika anda ada soalan yang perlu dijawab dahulu, sila klik di sini.