Hidup Berubah

Bertekad untuk menang

Apa yang berlaku ketika saringan luncur laju 500 meter Sukan Olimpik Musim Sejuk 1994 di Lillehammer, Norway, jelas dalam ingatannya. Awal lagi dalam perlumbaan itu, saya tersepit, terhantuk ais dan jatuh terhempas ke penghalang. Sudah pasti kerjaya saya akan jatuh ke tahap yang paling teruk, apatah lagi berjuta-juta peminat sedang menonton TV pada waktu itu. Beberapa bulan berlalu, sebelum saya berani untuk meluncur semula. Pada masa itu, saya tertanya-tanya kenapa semua ini berlaku.

Sebelum Sukan Olimpik, semuanya berjalan lancar. Tapi kini saya mulai memperhatikan bahawa beberapa orang atlet terbaik nampaknya tidak gembira. Jadi saya mulai mencari jawapan. Saya bertemu dengan seorang yang memberitahu saya siapakah Yesus -- bagaimana Dia boleh menjawab soalan saya, dan bagaimana saya boleh mengenali-Nya secara peribadi. Tidak lama kemudian, saya menjemput Yesus menjadi tumpuan hidup saya.

Kini, saya berasa tenang. Saya tahu Yesus bersama saya dalam apa jua yang saya lakukan, sama ada di gelanggang ais atau tidak. Ya, sayalah yang berlatih tapi saya bergantung penuh pada dia untuk suatu perspektif yang betul dalam segala yang saya lakukan.

Itulah sikap saya semasa menyertai Sukan Musim Sejuk 1998 di Nagano, Jepun. Saya tahu tidak kira apa prestasi saya, Yesus bersama saya. Kali ini saya meluncur dengan baik, dan memenangi pingat emas dalam perlumbaan 500 meter. Walaupun ini satu kemenangan hebat, saya tahu bahawa hubungan saya dengan Yesuslah yang memberikan saya erti hidup yang sebenar. Dia mengasihi saya, memberikan saya sukacita dan damai sejahtera. Kerana Dia, hidup saya menjadi benar-benar memuaskan.

 

Perhatikan hidup anda. Bagaimana anda menggambarkannya? Bahagia dan berpuas hati? Terburu-buru? Menarik? Tertekan? Maju ke depan? Teragak-agak? Ada masanya kebanyakan kita mengalami  semua hal di atas. Ada perkara yang kita harap-harap dapat lakukan satu hari nanti, ada juga perkara yang kita ingin lupakan saja. Alkitab berkata bahawa Yesus datang untuk membuat semua baru. Bagaimana kiranya cara hidup anda seandainya anda boleh memulakan hidup baru?

 

Hidup dengan harapan

Jika anda sedang mencari kedamaian, ada suatu cara untuk mengimbangkan hidup anda. Tiada seorangpun yang sempurna, atau memiliki hidup yang sempurna. Tetapi setiap kita berpeluang untuk mengalami kasih kurnia yang sempurna melalui perhubungan peribadi dengan Tuhan melalui Anak-Nya, Yesus Kristus.

 

Anda boleh menerima Yesus sekarang juga dengan iman melalui doa. Berdoa adalah berbicara dengan Tuhan. Tuhan mengetahui isi hatimu. Dia tidak begitu memerhatikan kata-kata anda, sebaliknya sikap hati andalah yang lebih penting. Berikut merupakan satu cadangan doa:

 

Tuhan Yesus, Saya ingin mengenali Engkau secara peribadi. Terima kasih kerana mati di kayu salib untuk mengampunkan dosa-dosa saya. Saya membuka pintu hati saya dan mengundang Engkau masuk dan menjadi Penyelamat dan Tuhan saya. Kuasailah hidup saya. Terima kasih kerana mengampunkan dosa-dosa saya dan memberikan saya hidup yang kekal. Bentuklah saya sesuai dengan kehendak-Mu.

 

Adakah doa ini menyatakan keinginan hati anda? Anda boleh berdoa sekarang juga, dan Yesus Kristus akan masuk ke dalam hidup anda  seperti yang Dia telah janjikan.

 

Adakah hidup sebegini apa yang anda inginkan?

Jika anda telah mengundang Yesus masuk ke dalam hidup anda, bersyukurlah selalu kepada Tuhan kerana Dia berada di dalam hidup anda. Dia tidak akan meninggalkan anda. Anda juga memiliki hidup yang kekal. Ketika anda belajar lebih mendalam mengenai hubungan anda dengan Tuhan, dan betapa Dia mengasihi anda, anda akan hidup penuh bahagia.

 

                                         

          Jika anda ada soalan yang perlu dijawab dahulu, sila klik di sini.