Polisi Privasi - Sinopsis

Pengkalan data secara online Kuasa untuk Mengubah telah mengambil semua langkah-langkah yang mungkin bagi melindungi maklumat peribadi para pengguna.  Sebarang data peribadi yang telah diberikan kepada kami adalah disimpan dengan selamatnya dan TIDAK SEKALI-KALI untuk dijual, disewa, diberikan kepada sesiapa sahaja di luar dari organisasi kami.


Polisi Privasi – Teks Penuh

Siapakah Kami

Kami adalah sistem dalam talian Kuasa untuk Mengubah, salah satu bidang pelayanan daripada CCC Antarabangsa, iaitu pelayanan penginjilan dan pemuridan sedunia, berpusat di Langley (B.C) Kanada. Pelayanan tempatan yang diwakili oleh 160 buah negara di seluruh dunia.  Organisasi kami terdiri daripada pelayanan yang dilaksanakan oleh anggota lokal (seperti Athletes In Action, FamilyLife, dsb )  yang bekerjasama dalam berbagai tahap melalui dokumen “kita” “kami” yang merujuk kepada organisasi secara keseluruhan sebagai pelayanan lapangan perorangan, dan “anda” dan “milik anda” merujuk kepada sebarang dan semua halaman para pengguna umum.


Apakah maklumat peribadi  yang boleh kami kumpulkan dari/tentang anda

Kami mengumpulkan beberapa maklumat dari para pengguna kami daripada berbagai cara melalui sumber talian kami.  Ini membolehkan kami menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk anda, membuat laman web kami lebih peribadi untuk individu-individu, agar kami secara peribadi  dapat menghubungi anda sekiranya perlu, dan memastikan keberkesanan beberapa pelayanan elektronik.
Apa yang kami lakukan untuk melindungi privasi anak-anak (usia di bawah 13)

Sekiranya anda melawat mana-mana laman web kami, kami meletakkan kookie pada komputer anda.  (Lihat seksyen pada kookies untuk penjelasan).  Sebagai tambahan, kami boleh mengumpul alamat IP untuk tujuan sistem pentadbiran, untuk mengira maklumat statistik agregat, untuk mengenalpasti rekod-rekod penggunaan keseluruhan, dan untuk mengukur patern trafik  bagi semua pelawat laman web kami.  Ini bukan untuk mengenal pasti pengguna individu, tetapi untuk tujuan kegunaan penyuntingan dan statistik keseluruhan. Jika anda memohon informasi elektronik melalui salah satu lama web kami, atau jika anda mengirim komen dan pertanyaan melalui email kepada kami, kami dapat menyimpan alamat email anda dalam database.  Perkara ini dapat menolong kami untuk membalas atau  menyediakan maklumat lanjut yang anda perlukan.  Untuk maklumat lanjut mengenai email yang kami kirimkan sila lihat seksyen di bawah “spam ”.

Jika anda memohon sarana yang bercetak melalui salah satu laman web kami atau melalui e-mail, kami akan meminta nama dan alamat surat-menyurat anda untuk mengirimkannya kepada anda.  Anda juga diminta untuk membekalkan alamat email yang lain jika ada.

Sekiranya anda ingin menderma kepada salah satu pelayanan kami, membeli sarana dari salah satu pusat sumber kami atau mendaftar untuk mengikuti konferensi dalam salah satu laman web kami, kami akan meminta nama anda, alamat, telefone nombor, alamat penghantaran bil (sekiranya berbeza), nama kad kredit, nombor kad kredit dan tempoh tamat kad kredit.  Anda juga diminta untuk memberikan alamat email yang lain sekiranya ada.
Jika anda mempunyai sebarang perhubungan yang lain dengan organisasi kami, kami  juga  memintanya untuk merekod maklumat detail anda termasuk alamat email yang lain sekiranya ada.


Apa yang kami lakukan dengan maklumat peribadi anda

Kami akan menyimpan maklumat ini dengan baik dalam databas kami sendiri.  Kami akan menggabungkan maklumat ini dengan maklumat lain yang relevan dalam databas kami untuk membina gambaran keminatan, kesukaan dan kebencian anda, bagi membolehkan kami menyediakan perkhidmatan yang berpotensi bagi anda.

Kami TIDAK SEKALI-KALI menjual, menyewa, menyerahkan atau menyediakan apapun maklumat kepada sesiapapun juga atau kecuali untuk mematuhi keperluan peraturan atau proses undang-undang. Kami juga boleh mendedahkan maklumat ini kepada pihak-pihak berkuasa jika percaya bahawa kegiatan anda melanggar peraturan atau undang-undang, atau boleh mengakibatkan kerosakan,atau gangguan, secara sengaja atau tidak,  kepada hak-hak atau harta kami, kepada pengguna atau hak-hak atau harta mereka, atau kepada sesiapa sahaja.

Kami boleh menggunakan maklumat ini dalam lingkungan organisasi kami atau dalam  lingkungan ahli-ahli sepalayanan kami, untuk menghantar melalui pejabat Pos atau E-mail untuk memaklumkan anda tentang  kami atau untuk tujuan pungutan derma. Jjika pada waktu anda berada di luar negara Malaysia, kami boleh menyediakan maklumat ini kepada salah satu anggota sepalayanan kami atau mana-mana wakil tempatan supaya boleh berhubung dengan anda. Anda boleh pada bila-bila masa memaklumkan kami tentang keinginan anda untuk tidak mahu dihubungi jika perlu dan kami akan menuruti seperti yang anda kehendaki.


Bagaimana kami melindungi maklumat-maklumat diri anda

Kami akan berusaha melindungi maklumat peribadi anda dengan menyimpannya dalam Data Base  yang selamat dan dengan menggunakan Server yang selamat untuk menerima/menghantar maklumat sensitive tentang diri anda. Walaubagaimanapun, ini TIDAK merangkumi maklumat peribadi – termasuk alamat e-mail penghantar dan/atau penerima—yang terkandung didalam nota e-mail biasa sementara ia dalam perjalanan diantara kkomputer anda dan server kami, dimana maklumat  anda sedang berada dalam kedudukan yang dianggap sebagai maklumat umum. Untuk tujuan keselamatan kami, tidak akan menghantar sebarang kandungan e-mail anda yang mengandungi maklumat sensitive seperti maklumat kad kredit , dan menegaskan supaya anda tidak akan meletakkan sebarang maklumat  seperti itu dalam e-mail.

Kamai akan memaklumkan semua staff, kontraktor dan  sukarelawan yang terlibat tentang dasar perlindungan ini dan sebarang pelanggaran terhadap peraturan ini akan tertakluk kepada tindakan disiplin – sehingga ke tahap pemberhentian.


Bagaimana anda membenarkan kami mengumpul dan menggunakan maklumat ini dalam organisasi kami

Anda memberikan kami kebenaran untuk mengumpul dan menggunakan mana-mana maklumat peribadi tersebut melalui penggunaan sumber –sumber “online” termasuk yang tidak menghadkan kepada yang berikut:

• terokai mana-mana laman web kami;
• meminta maklumat atau sarana-sarana melalui laman web;
• mengirim email kepada kami;
• menyumbangkan derma melalui mana-mana laman web kami’
• Pendaftaran untuk menghadiri konferensi melalui mana-mana laman web kami
• Membeli sarana-sarana melalui sebarang laman web kami.


Apakah ‘kookies’ dan bagaimana kami menggunakannya

Kookies adalah fail-fail kecil yang mengandungi unit-unit maklumat yang kecil yang tersimpan di dalam sistem penyimpanan komputer anda atas permintaan kami.  Kookies membolehkan kami untuk mengingati anda dan maklumat peribadi anda dari satu sesi kepada sesi yang lain, dengan itu membolehkan kami membekalkan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda.
Kookies juga membolehkan kami untuk mengingati sebarang maklumat yang anda berikan kepada kami supaya anda tidak perlu lagi untuk memasukkannya kembali setiapkali anda memasuki laman tersebut

Kebanyakan browser menerima kookies, tetapi anda boleh mengubah pengaturan browser tersebut dan kembali kepada cirri-ciri asal.  Jika anda mahu anda masih boleh memasuki kebanyakan cirri-ciri  yang terdapat dalam laman web kami, tetapi anda mungkin terpaksa memasukkan kembali lebih banyak data di antara sesi-sesi tersebut.


Apakah polisi spam kami

Spam adalah, secara amnya didefinisikan sebagai kumpulan email yang tidak dijemput yang dikirimkan untuk tujuan-tujuan pemasaran – kepada orang ramai yang samada tidak menjangka akan menerimanya ataupun samasekali tidak ingin menerimanya.  Kami menganggapkan bahawa spam tidak seharusnya dikirim.  Kami menganggapkan spam merupakan pencerobohan kepada privasi peribadi dan kami sekali-kali tidak akan menghantar email yang seperti ini.

Polisi penghantaran  berelektronik kami adalah

 “opt-in” (boleh pilih) supaya kami tidak mengirimkan kepada anda sebarang email tanpa kebenaran anda atau diluar jangkaan anda.  Dengan demikian, semua pengeluaran berelektronik kami hanyalah dihantar kepada mereka yang telah melanggan ataupun yang telah memilih “opted-in untuk menerima penghantaran email dari kami.

Jika, atas alasan-alasan yang tertentu, kami mempunyai alamat email anda tanpa mengetahui samada anda telah “memilih” ataupun “tidak memilih” penghantaran email, kami akan mengirimkan kepada anda satu maklumat untuk pengesahan samada anda akan “memilih” atau “tidak memilih” untuk penghantaran email selanjutnya.  Kami akan memastikan bahawa ianya memudahkan anda untuk “tidak memilih” menerima email dari kami yang selanjutnya.

Bagaimana anda dapat mencari maklumat peribadi  yang kami simpan mengenai diri anda

Jika anda percaya bahawa kami menyimpan sebarang maklumat peribadi anda, anda boleh menghubungi Pegawai Privasi kami untuk bertanyakan mengenai maklumat tersebut, melalui:

  • telefone nombor [1] 604-514-200 Samb. 240*;
  • peti surat 300, Vancouver , B.C. Canada V6C 2X3;
  • email ke privacy@truthmedia.com.
    Untuk tujuan keselamatan kami akan meminta pengesahan pengenalan diri sebelum membekalkan sebarang maklumat.


Bagaimana anda boleh meminta kami untuk mengemaskinikan atau menghapuskan maklumat peribadi mengenai anda

Jika anda percaya maklumat peribadi yang kami simpan adalah salah, atau jika maklumat peribadi mengenai anda yang kami simpan adalah salah, atau sekiranya anda mahu kami membuang sebarang maklumat mengenai anda yang sedang kami simpan, anda boleh menghubungi Pegawai Privasi kami bertanyakan kami untuk mengemaskinikan atau menghapuskan maklumat peribadi tersebut; melalui:
• telefone ke [1]604-514-200 Samb. 240;
• peti surat 300,  Vancouver , B.C. Canada V6C 2X3;
• * email ke @truthmedia.com.
Untuk tujuan keselamatan kami akan meminta pengesahan pengenalan diri sebelum mengambil sebarang tindakan, dan anda harus menyedari bahawa beberapa maklumat yang dikendalikan yang beroperasi secara sah disisi undang-undang adalah tidak boleh dihapuskan.


Bagaimana anda boleh meminta kepda kami untuk tidak menggunakan maklumat peribadi anda bagi menghubungi anda

Sekiranya anda tidak mahu kami menghubungi anda dengan menggunakan maklumat peribadi anda, anda boleh memohon untuk menghadkan atau menghentikan penghantaran  kiriman, selain dari yang dikehendaki  untuk keperluan pematuhan undang-undang. Anda boleh menghubungi kami melalui:
• telefone ke [1]604-514-200 Samb. 240;
• peti surat 300,  Vancouver , B.C. Canada V6C 2X3;
• * email ke privacy@truthmedia.com.


Bagaimana  anda boleh memohon maklumat lanjut tentang polisi privasi

Jika anda memerlukan maklumat terperinci tentang polisi privasi ini, penjelasan tentang mana-mana perincian yang disediakan,  atau jika anda mempunyai cadangan atau komen tentang polisi privasi ini, sila hubungi  Pegawai  kami melalui:
• telefone ke [1]604-514-200 Samb. 240;
• peti surat 300,  Vancouver , B.C. Canada V6C 2X3;
•* email ke privacy@truthmedia.com.